Ekpedisi Seram + Menarik

Aerill Hassan
2

Assalamualaikum dan salam sejahtera






Pada beberapa hari yang lalu , angah dan rakan-rakan telah membuat satu ekspedisi di waktu malam. Ia ialah bertujuan untuk menghabiskan masa sebelum bercuti. Ekspedisi ini telah disertai seramai 5 orang sahaja. Banyak perkara menarik telah berlaku sepanjang malam tersebut.

Tempat pertama yang dikunjungi ialah , rumah Dr Frenzy , seperti yang sedia maklum , rumah Dr Frenzy sememangnya agak popular di kalangan rakyat Malaysia yang berada di lembah Klang. Rumah tersebu terletak berdekatan dengan Zoo Negara. Setibanya di sana pada jam 2 pagi, kami terus sahaja turun daripada kereta. Kemudian , melihat keadaan sekeliling. Keadaan agak seram , kami sekadar berada di hadapan pintu masuk sahaja , memandangkan kawasan di dalam lebih gelap. Setelah beberapa minit berada di kawasan itu , memerhati dan mendengar , kami meneruskan perjalanan ke tempat seterusnya.

Perjalanan seterusnya ialah di Gate Belakang Zoo Negara. Ia terletak berdekatan denga lokasi pertama. Apa yang menariknya ialah susana di tempat ini lebih menyeramkan , kerana suasana yang lebih gelap. Pintu tersebut terletak berdekatan dengan rumah orang. Tetapi suasana seram masih lagi berada di setiap seorang daripada kami. Setelah samapai , kami semua turun dan berjalanan di kawasan sekitar, Ketiadaan lampu suluh amat menyedihkan. Kerana sukar untuk melihat apa - apa dengan ketiadaan lampu suluh. Akhirnya setelah menyedari kehadiran sesuatu , kami segera beredar dari kawasan itu.


Lokasi ketiga tidaklah menyeramkan , kerana jam sudah menunjukkan sudah pukul 4 pagi , kami berada di Dataran Merdeka , Kuala Lumpur. Masih ramai lagi orang yang berada di dataran tersebut. Ada pengunjung yang sednag berdating , lepak , dan ada jugak yang sedang baring di tengah padang! Setelah beberapa minit , melihat kecantikan binaan manusia ,kami beredar ke lokasi terakhir.


Perjalanan dari Dataran Merdeka ke Putrajaya , memakan masa yang agak lama. Tetapi alhamdulillah , akhirnya kami sampai juga di Putrajaya dalam jam 5 pagi. Suasananya sangat aman. Tidak banyak kereta langsung , cuma yang banyak dilihat ialah lampu-lampu yang bergemerlapan. Sangat cantik!! Setealah itu , kami berehat di hadapan bangunan Perbadanan Putrajaya yang berhadapan dengan Istana Kehakiman. Kawasan tersebut sangat cantik.

Setelah jam menunjukkan pukul 7 pagi , kami beredar ke Shah Alam. Memandangkan angah akan pulang ke Kulim , maka selesai sudah ekpedisi kami. 

Kesimpulannya , pelbagai perkara menarik telah berlaku , tetapi untuk ekdpedisi kali ini,angah berasa kurang seronok ,kerana elemen seram agak kurang. Di aktiviti sebelum ini, lebih banyak tempat2 seram yang dikunjungi , mungkin di masa akan datang , kami akan ke tempat yang lebih seram.


Sekian
 

إرسال تعليق

2تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!