Assalamualaikum dan salam sejahtera
The Truth About Succes
Bercakap tentang kejayaan, ramai yang telah mencapainya. Mungkin bukan kejayaan yang diidamkan , tapi apa- apa sahaja kejayaan yang anda pernah dapat. Gembira bukan? Apabila kejayaan terus kita dapat , seharian akan rasa gembira , mungkin juga sebulan.. dan selamanya rasa gembira.
Tapi , angah percaya di sebalik kejayaan yang anda terima tersebut , pelbagai cabaran dan dugaan yang anda telah hadapi. Adakah orang yang dapat kejayaan tanpa melakukan apa-apa? Mungkin , ia adalah satu kurniaan yang istimewa. Tapi , cabaran dan dugaan yang membuatkan kita rasa puas apabila menerima kejayaan.
Betul atau tidak??
Angah nak cerita tentang bagaimana angah mendapat kejayaan. Kejayaan yang angah nak cerita adalah ketika UPSR , haha iaitu ketika di tahun 2007. Di darjah 6 , hampir setiap hari angah buat study group dengan rakan-rakan yg tinggal berdekatan dengan rumah. Kami akan mencari pelbagai soalan untuk disiapkan.
Kemudian , di sekolah pula , setiap apa yang cikgu ajar , kami sedaya upaya fahamkan. Peperiksaan awal tahun , result yang angah dapat tak seberapa. Banyak yang perlu diperbaiki. Takpa, angah cakap dalam hati , jangan mengalah. Kemudian tingkatkan lagi usaha. Di pertengahan tahun , ada penambahbaikan dalam result.
Kemudian , ibu bapa kena dtang berjumpa guru , kemudian meletakkan target untuk UPSR. Berdasarkan apa yang angah dapat pada peperiksaan pertengahan tahun, target yang diberikan ialah 4A 1B. Jauh di sudut hati angah , angah inginkan 5A bukannya 4A 1B sahaja.
Alhamdulillah , hasil study group , tuisyen kelas malam , dan macam-macam lagi usaha , peperiksaan percubaan , angah mendapat 4A IB. Kemudian apabila sudah menghampiri peperiksaan sebenar , study group di adakan juga , latihan bertubi-tubi diberikan dibuat bersama-sama. Alhamdulillah semua yang study group bersama mendapat keputusan yang cemerlang. Angah telah mendapat 5A dalam UPSR , dan ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh.
Kesimpulannya,
Setiap kejayaan yang kita terima , sudah semestinya datang dengan pelbagai cabaran dan dugaan yang dihadapi. Kerja keras dan usaha yang membuahkan hasilnya. Cerita yang angah tulis diatas bukanlah untuk bermegah-megah tetapi untuk menceritakan bagaimana kejayaan akhirnya dapat diperoleh.
Bagaimana dengan cerita anda?
teringat surah insyirah - bersama kesulitan ada kemudahan :)
ردحذفnice sharing...
ردحذفkejayaan haruslah seiring dengan usaha kan....
ردحذفnice sharing :)
ردحذف