Assalamualaikum dan salam sejahtera
Peserta yang berasal dari Filipina, El Gamma Penumbra telah dinobatkan sebagai juara pertama Asia’s Got Talent.
El Gamma Penumbra yang menampilkan konsep shadow dance group elah menewaskan kumpulan yag berasal dari Mongolia, Khusugtun menerusi episod akhir program itu yang ditayangkan pada Khamis di saluran AXN (Saluran 701).
Mereka kemudiannya membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM356,810 (USD100,000) dan berpeluang untuk membuat persembahan di Marina Bay Sands, Singapura.
Selain Khusugtun dan El Gamma, peserta lain yang berentap di episod akhir Asia's Got Talent adalah The Talento (Thailand), Gao Lin dan Liu Xin (China), Dance Thrilogy (Singapura), Junior New System (Filipina), Gwyneth Dorado (Filipina), Triqstar (Jepun) dan Gerphil Geraldine Flores (Filipina).
Penonton juga turut dihiburkan dengan persembahan dari bintang sensasi Filipina yang menempa nama di Hollywood, Charice dan pemenang Australia's Got Talent, Constantino.
Di samping itu, empat orang juri iaitu David Foster, Melanie C, Anggun dan Vanness Wu turut membuat persembahan istimewa dengan memnyanyikan lagu yang berjudul ‘Let’s Groove’ dengan nafas baru naynyian asal kumpulan Earth, Wind & Fire.
Sumber : AstroGempak
Sekian
wahhh dari asia!!!
ردحذفpeh!!!.. tahniah...
ردحذفwoww...!! ramai finalist dari Filipina... :)
ردحذفTAHNIAH kepad pemenang.. rasa mcm kejap je dah final... huhuhuhuuu...
agak-agaknya bakat apa yang Malaysia boleh ketengahkan untuk Asia Got Talent akan datang?
ردحذف