Mentaliti masyarakat di Malaysia dijangka semakin menjadi buruk apabila mencapai Wawasan 2020. Sejak akhir-akhir ini , boleh dilihat beberapa isu-isu yang dihebohkan di seluruh negara telah diperkatakan oleh hampir semua rakyat Malaysia. Yang menjadi masalahnya , mentaliti yang teruk membuatkan beberapa hal itu menjadi terlampau klise.
Kes Pertama
Contohnya dapat dilihat dalam isu sekaang iaitu kes Myvi. Sememangnya menggunakan akal yang waras dan sihat , semua orang tahu bahawa yang bersalah ialah pemandu. Tetapi yang menjadi masalah apabila terjadinya insiden kereta Myvi yang tidak terlibat turut di kecam dan di dijadikan sasaran oleh sebahagian rakyata Malaysia yang kononnya ingin membantu.
Masalahnya disini , mengapakah kereta Myvi yang dipersalahkan? Sehingga rata-rata pengguna Myvi di seluruh negara berasa terancam dan terkejut melihat insiden yang terjadi selepas kemalangan itu. Janganlah menghukum secara melulu. Bukan semuanya bersalah.
Kes Kedua
Kes terbaru di Permatang Pauh. Ianya dikatakan Pilihanraya yang paling ganas setakat ini. Mengapa paling ganas? Kerana berlaku banyak insiden pergaduhan,antara berlainan parti , antara sesama parti dan juga lain-lain lagi. Disini angah bukannya bercakap daripada pandangan parti mana-mana yang bertanding, tetapi daripada pandangan seorang rakyat Malaysia yang hanya boleh mengundi bermula tahun hadapan , kerana tahun ini belum cukup umur.
Sangat memalukan! Apabila melihat sekumpulan orang yang sebangsa dengan angah , bergaduh hanya kerana perselisihan politik. Yang peliknya , bangsa lain sepertinya tidak terlampau agresif dan hanya relaks sahaja , tetapi yang melampau adalah orang yang sebangsa dengan angah.
Tugas mereka pada hari itu ialah untuk memilih pemimpin. Bukannya bergaduh sesama rakyat. Kalau sebelum ini dapat tengok dalam TV sahaja mengenai rakyat negara lain yang bergaduh , nahhh , sekarang betu-betul di negara sendiri. Di depan mata sendiri.
Kes Ketiga
Kisah rentetan daripada kemalangan di DUKE.Isunya tentang sebilangan rakyat Malaysia yang dilihat tidak henti-henti menyuruh Dato Siti Nurhaliza untuk mengambil anak mangsa kemalangan tersebut untuk dijadikan sebagai anak angkat. Isu ini kecoh sehinggakan pembantu peribadi Dato Siti sendiri memberikan kenyataan. Sememangnya ia merupakan usaha murni, tetapi..
Tidakkah anda yang tahu bahawa anak mangsa tersebut masih mempunyai waris? Dari sudut yang lain , ianya kelihatan seperti waris mangsa tidak mampu untuk menjaga anak mangsa walhal mereka mampu, dan masih ada ramai lagi kaum keluarga. Tidak perlulah sehingga menjadi anak angkat , hanya sekadar membiayai kehidupan atau memberi bantuan kewangan atau lain-lain lagi. Ianya lebih adil dan kelihatan lebih profesional.
Tidakkah mereka-mereka ini tahu bahawa jika anak mangsa dijadikan anak angkat, bagaimanakah dengan anak-anak yatim yang lain? Perlu dijadikan anak angkat juga? Ya ,hanya membantu membiayai perbelanjaan pendidikan atau lain-lain sudah mencukupi.
Kesimpulannya,
Kalau macam ini caranya , rasanya lama kelamaan , orang yang mempunyai sakit mental di hospital bahagia mempunyai mentaliti yang lebih bagus daripada manusia yang kononnya waras dan sihat. Yang penting disini ialah percaya pada Allah S.W.T. Kalau anda tidak berpegang pada ISLAM , MEMANG SEMUANYA AKAN JADI ROSAK.
Sekian.
setuju 1001%
ردحذفDalam kes kedua tu kalau masing2 tidak taksub dgn parti politik masing2 rasanya xkan berlaku perkara macam tu.
ردحذفZaman sekarang ni org dah tak reti menilai..masing2 dah blk ke zaman purbakala gamaknyer..
ردحذف