Assalamualaikum dan salam sejahtera
Gambar arkib Annegret Raunigk ketika usianya 55 tahun bersama anak-anak dan cucu-cucunya.
BERLIN - JERMAN. Seorang nenek 65 tahun yang mempunyai 13 orang anak dan 7 cucu selamat melahirkan bayi kembar empat, Selasa lalu.
Annegret Raunigk melahirkan tiga bayi lelaki dan seorang bayi perempuan pramatang secara pembedahan di Hospital Berlin.
Keempat-empat bayi tersebut dilahirkan ketika usia kandungannya 26 minggu dan kini berada dalam keadaan baik dan mempunyai peluang cerah untuk hidup.
Annegret yang mempunyai 13 orang anak yang berusia di antara 9 hingga 44 tahun mengambil keputusan untuk mempunyai anak lagi selepas anak bongsunya, 9 tahun inginkan seorang adik.
Menurut AP, Annegret hamil melalui kaedah IVF yang dilakukan di Ukraine kerana prosedur tersebut adalah diharamkan di Jerman.
Keputusannya untuk melahirkan bayi di usia emas mendapat kritikan beberapa pakar perubatan kerana menganggap warga emas itu tidak mampu secara fizikal untuk mengandung empat bayi.
Walaubagaimanapun, Annegret percaya setiap orang perlu diberi peluang untuk memilih jalan hidup yang diingininya.
Sekian.
wah...rezeki tu...
ردحذفHebat memang hebat...tai tak rasa seksa diri ke? huhu
ردحذف