Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sinopsis Dia .. Isteri Luar Biasa
SINGLE is simple, double is trouble...
Itu moto hidup Dewi Yusra. Katanya, dia boleh hidup tanpa lelaki, lagi mudah dan tidak serabut otak. Lelaki menyusahkan, suka ambil kesempatan!
Perempuan tak kahwin pun boleh ada anaklah! Bukan spesies angkat-angkat ya, yang asli datang dari rahim Dewi Yusra. Kau gila ke Dewi, ingat nak buat anak tu semudah buat nasi ayam ke? Hesy... Mesti ada jalanlah…
Dewi serius! Walau dengan apa cara pun, Dewi tetap ingin punya anak dari darah dagingnya. Anak yang akan mewarisi syarikat perniagaan Cik NAB a.k.a Nasi Ayam Bonda.
“Aku akan kahwin! Syaratnya aku nak kahwin sampai mengandung aje ya, lepas tu aku chaw. No husband anymore. Sebelum aku sakit hati ditinggalkan, lebih baik aku blah dahulu” - DEWI YUSRA
Maka bermulalah usaha Dewi untuk mendapatkan ‘Suami Sementara’ dari lelaki baik-baik, gen terhebat, genius dan stok sembahyang atas kapal terbang.
“Saya Amzar... errr... Radin Amzar yang duduk sebelah you dalam flight dari Heathrow hari tu...” - RADEN AMZAR
Bagai nak tercabut jantung Dewi dengar. Lelaki edisi terhad tu hubungi dia? Macam tak percaya pun ada. Ingatkan lelaki itu akan terus hilang. Tuhan berikan Dewi peluang ke ni?
Berjayakah rancangan Dewi Yusra untuk memerangkap Dr. Radin Amzar, lelaki terpilih sebagai ‘Suami Sementara’nya untuk seorang zuriat? Bagaimana pula rancangan Kamarul yang terlalu menyintainya?
Temui jawapannya dalam DIA... Isteri Luar Biasa, kisah seorang gadis yang terpaksa bangkit dari peristiwa kelam hidupnya.
Sumber : Penulisan2U
Sebuah drama terbaru yang mengisi slot Akasia di TV3. Drama yang baru sahaja disiarkan ini mula menjadi perhatian ramai. Setelah beberapa drmaa sebelum ini yang begitu popular dan menjadi perbualan ramai. Sekali lagi , rakyat Malaysia dihidangkan dengan novel adaptasi daripada novel.
Seperti mana yang anda ketahui, drama adaptasi novel merupakan kegilaan masa kini. Semua drama yang ditayangkan adalah adaptasi daripada novel. Tidak kira dari syarikat televisyen yang mana sekalipun. Sehinggakan filem pun diambil daripada novel. Walau bagaimanapun, jom kita lihat bagaimana tarikan dan jalan cerita drama ini , adakah ianya mampu menarik perhatian semua orang?
Sama - sama kita nantikan..
tengah layan cerita ni, mmg best sbb suka pelakonnya
ردحذفhehehe xpernah tgk dh skrg drama2 kat tv...nape entah ;p ;p ;p
ردحذفnampak macam best.. dari novel,.tp xpernah baca novel nye.. jalan cerita sinopsis ni mcm pelik ye..kawin sebab nak mengandung?pastu berpisah? LOL
ردحذف