Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sememangnya satu masalah bagi pengguna facebook untuk masa sekarang ialah apabila mendapat notifikasi games daripada rakan-rakan. Siapa lagi yang bermain game di facebook? Anda adalah tersangatlah ketinggalan , orang sekarang dah tak main game di facebook , tetapi menjadi keyboard warrior di ruangan page politik. *opss.
Haha , kadang-kadang angah sendiri rasa terganggu apabila melihat ada notifikasi yang tidak perlu , iaitu daripada aplikasi games. Jadi , untukmenyelesaikan masalah yang dianggap seperti masalah berat ini, angah telah menyediakan penyelesaian mudah untuk anda semua.
Untuk block notification game dari facebook, ikuti 4 langkah mudah ini.
1. Pada paparan utama, klik pada sebelah kanan-atas,
2. Satu list akan keluar kemudian klik pada 'Setting'.
3. Klik pada 'Blocking'
4. Scroll sedikit mouse anda sehingga jumpa 'block apps'. Masukkan perkataan awal nama game, satu list akan keluar dan pilih game yang anda hendak block. Senarai game anda boleh lihat di notification anda. Boleh masukkan seberapa banyak yang anda hendak blok.
5. Selasai dan anda kini akan lebih tenteram tanpa gangguan 'invite' untuk game dari rakan anda. :) Jika ada lagi game terbaru, ulang dari langkah 1-4 untuk sekali sahaja. :)
Contoh senarai game yang di'block'/sekat/ban.
Bagaimana ? Adakah berhasil? Angah harap anda semua berjaya mengikut tutorial ini satu-persatu , sememangnya gangguan notifikasi dari games ini membuatkan tidur kita tak lena, betul tak? Hehehe
Akak suka..akak suka..perkongsian yg bagus ni...
ردحذفbagus sgt benda ni haha
ردحذف