Kata Kunci ( Keyword ) 11.7.2015

Aerill Hassan
1


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Entri analisis keyword ataupun kata kunci kembali lagi. Untuk pengetahuan anda semua , angah mengambil data-data ini daripada akaun Nuffnang. Mengikut pemerhatian angah setakat ini , banyak juga entri-entri lama yang kembali menjadi hits. Alhamdulillah.





Entri yang dihasilkan untuk #Cabaran20Hari . Alhamdulillah. angah tak sangka kata kunci yang melekat ialah berkenaan air. Rupanya melalui entri ini, mengenai cara angah bersahur dengan paling ringkas. Hehe.




Entri pada tahun lepas , iaitu pada september 2014. Di mana ketika itu sedang hangat mengenai rancangan realiti tv iaitu Super Spontan. Apa yang menjadi carian oleh orang ramai ialah berkenaan diari super spontan 2014.






Wow!! Entri yang dihasilkan pada tahun 2013! Melekat sehingga ke hari ini. Entri mengenai ragam manusia  dan juga kucing. Mengenai gambar-gambar kucing.






Salah satu entri yang mendapat perhatian pada masa sekarang ini. Entri yang dihasilkan setelah angah mencuba produk Ephyra itu sendiri. Entri ini dihasilkan ketika angah menyertai pertandingan produk tersebut di sebuah blog terkenal.








Entri yang ditulis ketika di pertengahan tahun lalu. Di mana ketika itu angah sedang mencari jubah untuk dijadikan koleksi ketika di hari raya. Alhamdulillah,  untuk tahun lepas angah telah memakai jubah yang cantik.




Antara entri yang menjadi carian orang ramai ketika ini. Berkenaan kenapa tidak boleh tidur selepas subuh. Entri yang dihasilkan ketika di bulan Mac tahun ini. Anda boleh lihat sendiri di dalam entri tersebut .




Sejak entri ini dihasilkan, boleh dikatakan entri ini masih lagi berjaya mendapatkan pembacanya. Boleh disimpulkan bahawa setiap hari akan ada ramai pembaca yang membaca entri ini. Itulah penangan kisah seram.




Ketika sedang hangat isu GST dan juga isu Mawar Rashid , angah juga tidak terkecuali untuk mencuba hasilkan entri mengenai beliau. Alhamdulillah , entrinya masih lagi menjadi hasil carian orang ramai.





Entri mengenai juara pertandingan yang menjadi bualan ramai. Walaupun tiada peserta daripada negara Malaysia yang menonjol, tetapi rancangan tersebut berjaya menarik minat angah untuk menontonnya.






Kisah seram sekali lagi menjadi carian orang ramai. Sememangnya orang Malaysia secara keseluruhannya sangat suka akan cerita seram.
Kesimpulannya :-

Terima kasih diucapkan kepada anda yang sudi datang ke blog ini. Sama ada datang daripada hasil carian anda di laman web carian ataupun melalui blog-blog lain. Terima kasih.



إرسال تعليق

1تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!