Assalamualaikum dan salam sejahtera
PUTRAJAYA - Solat yang dilakukan secara pantas dan dilaksanakan secara tergopoh-gapah adalah tidak sah menurut pandangan Mazhab Syafie, kata Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
"Tidak sah solat itu kerana tiada tamakninah menurut pandangan Mazhab Shyafie, katanya ketika mengulas video solat tarawih yang dilaksanakan sebanyak 23 rakaat (termasuk solat Witir) dalam masa 10 minit sahaja yang kini viral di media sosial.
Katanya asas pelaksanaan rukun solat haruslah disertai perbuatan tamakninah atau berhenti sejenak bagi menyempurnakan ibadah tersebut selain membantu seseorang itu untuk khusyuk ketika bersolat.
Beliau berkata roh atau dasar solat itu sendiri adalah khusyuk dan bukannya dilaksanakan seperti dalam bentuk perlumbaan atau tergopoh-gapah.
"Adalah wajar untuk mengekalkan apa yang kita lakukan di Malaysia ini dengan adanya tamakninah dan perbuatan-perbuatan solat lain yang dapat membantu seseorang itu menumpukan perhatian ketika solat tanpa tergopoh-gapah," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas pelancaran Pondok Moden Al-'Abaqirah oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom di sini hari ini. - Bernama
Sumber : Sinar Harian
macam2 zaman sekarang ni..haishhh
ردحذف