Siti Nurhaliza nyanyi lagu tamil AR Rahman

Aerill Hassan
3


KUALA LUMPUR
: Penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza baru-baru ini mengejutkan peminatnya selepas memuat naik video beliau merakamkan suara untuk sebuah lagu tamil karya komposer AR Rahman yang merupakan salah seorang seniman terkenal dalam industri hiburan di India serta Hollywood.

Dalam beberapa video yang dimuat naik dalam akaun Instagramnya, Siti dilihat membuat latihan serta menyanyi beberapa lirik lagu karya AR Rahman, bertajuk “Nenge Ezhu”.

“Saya sedang berlatih sebutan Bahasa Tamil dan ini adalah satu cabaran baru buat saya,” kata Siti melalui laman Instagram rasminya.

“Ia adalah satu penghormatan buat saya menyanyikan lagu AR Rahman untuk International Superstars di Malaysia,” sambung Siti.

Sejurus selepas video itu dimuat naik, ramai memuji usaha beliau menghafal and menyanyikan lagu berbahasa Tamil. 

Memetik laporan Astro Ulagam, Siti merakam suaranya untuk tujuan promosi bagi acara kemuncak International Superstars 2015  yang merupakan pertandingan nyanyian antarabangsa India, yang bakal berlangsung pada  18 Ogos 2015.


Ia merupakan anjuran pertama pihak Astro yang bersifat antarabangsa dan pertandingan itu menampilkan wakil dari 5 negara; Malaysia, Singapura, Mauritius, Kanada dan India.

Bersama Siti, artis Malaysia yang lain juga akan membuat penampilan mereka.


Post a Comment

3Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!