Dalam beberapa video yang dimuat naik dalam akaun Instagramnya, Siti dilihat membuat latihan serta menyanyi beberapa lirik lagu karya AR Rahman, bertajuk “Nenge Ezhu”.
“Saya sedang berlatih sebutan Bahasa Tamil dan ini adalah satu cabaran baru buat saya,” kata Siti melalui laman Instagram rasminya.
“Ia adalah satu penghormatan buat saya menyanyikan lagu AR Rahman untuk International Superstars di Malaysia,” sambung Siti.
Sejurus selepas video itu dimuat naik, ramai memuji usaha beliau menghafal and menyanyikan lagu berbahasa Tamil.
Memetik laporan Astro Ulagam, Siti merakam suaranya untuk tujuan promosi bagi acara kemuncak International Superstars 2015 yang merupakan pertandingan nyanyian antarabangsa India, yang bakal berlangsung pada 18 Ogos 2015.

Ia merupakan anjuran pertama pihak Astro yang bersifat antarabangsa dan pertandingan itu menampilkan wakil dari 5 negara; Malaysia, Singapura, Mauritius, Kanada dan India.
Bersama Siti, artis Malaysia yang lain juga akan membuat penampilan mereka.
ada terdengar juga semalam dan tengok sekali imbas di berita...
ردحذفserba boleh ye ct ni..
ردحذفowwwhhh tapi tak minat sangat siti
ردحذف