Tips Bercinta Jarak Jauh

Aerill Hassan
4

Assalamualaikum dan salam sejahtera





Disini angah ingin berkongsi dengan anda semua tentang cara menjaga hubungan percintaan jarak jauh. Angah terbaca satu artikel mengenainya ketika sedang mencari bahan untuk membuat assignment. Pelik jugak kan? Mencari bahan utk membuat assignment tetapi terjumpa artikel cinta.

Apa-apa pun jom kita baca tentang cara menjaga cinta jarak jauh. 

1. Setia
Dalam perhubungan jarak jauh ni, setia perlulah ditanamkan dalam diri agar hubungan itu boleh kekal lama. Tidak kisah yang belum atau sudah berkahwin, perempuan atau lelaki, kedua-duanya perlu setia dalam perhubungan. Jangan nanti tahu-tahu sahaja ada orang ketiga!
 
2. Percaya

Selalu sahaja kita dengar, apa gunanya bercinta kalau tiada kepercayaan dalam perhubungan itu. Kepercayaan adalah asas terutama dalam perhubungan yang ingin kekal bersama bahagia sentiasa sampai ke penghujung hendaknya. Jadi, percayalah pada kekasih atau suami atau isteri anda tatkala berjauhan. Namun, janganlah pula percaya pada 100%. Letakkan sedikit untuk diri sendiri, agar tidak nanti kecewa jika takdir tidak menyebelahi kita.
 
3. Kerap Berhubung

Sudah tahu berjauhan itu semestinya menyakitkan, namun rindu yang ada ketika berjauhan pastinya buatkan hubungan lebih kekal lama jika saling merindui satu sama lain. Tetapi dunia kini sudah banyak teknologi yang canggih untuk anda melepaskan rindu dengan teman hidup anda seperti Skype, Facetime, WhatsApp, Viber dan banyak lagi. Jadi keraplah berhubung kerana ia tidak akan membuatkan anda rasa sunyi kerinduan dan sekaligus menjadi punca putusnya tali perhubungan.
 
4. Doa

Bagi yang belum berkahwin, sentiasalah berdoa agar hubungan anda berkekalan hingga ke jinjang pelamin seperti yang anda idamkan. Namun, jika takdir tidak menyebelahi, terima ia sebagai takdir Tuhan untuk memberi petunjuk yang ada yang lebih baik dari si dia. Manakala yang sudah berkahwin pula, semestinya anda perlu kekal berdoa agar si dia yang jauh sentiasa dilindungi dan hubungan perkahwinan yang sudah sah itu bahagia berkekalan hingga ke syurga.
 
5. Beri Kejutan/Hadiah


Tidak salah untuk anda yang duduk berjauhan untuk saling mengingati antara satu sama lain dengan memberikan hadiah kepada orang yang disayang. Apabila berjauhan itu, mungkin anda ingin kirimkan tanda sayang dan rindu kepada si dia agar kekal ingat kepada anda dengan membuat penghantaran bunga, hadiah atau sebagainya yang buat hubungan anda romantis dengan si dia.
 Sumber : EH.COM.MY

إرسال تعليق

4تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!