Sumber : Harian Metro
Batavia (New York): Seorang wanita yang tinggal bersama mayat bayinya selama tiga bulan di barat New York semalam didakwa membunuh anaknya itu.Menurut Pendakwa Daerah Genesee County Lawrence Friedman, Christina Colantonio, 28, didakwa melakukan pembunuhan tahap kedua.
Polis memulakan siasatan Khamis lalu selepas seorang kenalan yang melawat Christina di apartmentnya di Batavia, kira-kira 72 kilometer dari Buffalo, menemui bayi tidak bernyawa itu dan menghubungi 911, kata Sarjan Todd Crossett dari Jabatan Polis Batavia dalam sidang media kelmarin.
Katanya, penyiasat percaya bayi itu dibunuh sebaik sahaja dilahirkan tiga bulan lalu.Pihak berkuasa tidak menyatakan dengan lebih lanjut bagaimana bayi itu dibunuh, tetapi menurut Friedman, penyiasat mempunyai bukti kukuh untuk menyimpulkan bahawa kematian bayi itu disengajakan.
Sementara itu, bedah siasat akan menentukan punca sebenar bayi itu maut.
Menurut polis, Christina juga mempunyai dua anak lagi yang tinggal bersama-samanya di apartment itu.Bagaimanapun, dua anaknya itu tidak ada di rumah ketika siasatan djalankan.Dia menghadapi tuduhan melakukan pembunuhan tahap kedua di Mahkamah Batavia.
Sekian
tekanan kot.. meroyan kata org malaysia
ردحذفterkejut baca .. macam2 hal skrg ni ^_^
ردحذفnice sharing
ردحذف3 bulan??Tak kan tak berbau kot
ردحذفnyesal xsuda...
ردحذف