Assalamualaikum dan salam sejahtera
"Perkara paling aku takut adalah melihat ibu bapa aku semakin tua."
Dalam tak sedar, semakin hari bukan kita sahaja yang semakin berusia, tetapi juga kedua ibu bapa kita. Kalau di masa kecil , seringkali terfikir bilalah diri nak membesar, tetapi kita lupa bahawa bukan kita sahaja yang membesar.
Kerap kali aku terfikir , boleh tak kalau aku membesar tetapi kedua orang tua aku tak perlu tambah umur lagi. Aku takut sangat. Aku takut bila nak hadapi perpisahan di dunia. Bila aku fikir balik , banyak jasa kedua orang tua aku membesarkan 4 orang anak.
Aku takut nak mintak duit daripada parent. Aku akui sekarang ini , ketika belajar , aku terpaksa mengikat perut dan hanya berharap pada rezeki sahaja. Susah untuk aku meminta wang daripada parent. Kerana apa? Aku sedar, bila aku balik rumah, kadang-kadang susah untuk keluarga aku membeli barang-barang. Kerana keluarga yang ramai.
Bila mana aku makan mahal-mahal seperti KFC, aku terfikir , apa yang parent aku makan dekat rumah? Bila aku beli baju baru , aku terfikir pernah tak parent aku dapat baju baru? Baru aku sedar , dah lama mereka tak beli baju baru. Jadi , aku takut nak minta baju baru.
PTPTN
Sebab tu bila mana aku dapat PTPTN, aku akan berikan kesemuanya kepada parent aku. Walaupun duit itu untuk pendidikan aku , tapi aku rasa baik aku bagi dekat parent. Pernah mak aku tanya , " Kalau mak amik RM200 dari angah punya PTPTN takpa ka?". Apa perasaan anda semua? Aku sedih bila fikir pasal keluarga.
Aku rasa bersyukur kerana dikurniakan keluarga yang harmoni.Susah untuk tengok keluarga aku bergaduh. Beberapa sahabat aku mempunyai masalah dalam keluarga mereka, contohnya cerai berai dan lain-lain. Aku bersyukur sangat sbb ayah aku sangat sayangkan mak aku.
Bila aku tengok balik gambar-gambar yang diambil dari tahun ke tahun, aku dapat lihat perbezaan ketara pada wajah kedua ibu bapa aku. Mereka semakin tua. Aku tak dapat terima bahawa suatu hari nanti mereka akan meninggalkan aku. Bila aku tengok orang tua yang sangat tua, aku terfikir adakah nanti parent aku akan tua macam tu?
Akhir sekali , aku berikan kepada anda semua sebuah video sedih tentang ibu bapa.
Sekian terima kasih.
Anda adalah anak yang baik. Anda telah menghargai mereka sebelum sebuah kehilangan.
ردحذفterima kasih. in shaa Allah
حذفHargailah ibu bapa sebelum mereka tiada..
ردحذفtepat sekali
حذف