Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Aku terpanggil untuk mengulas tentang suatu berita yang kecoh di semua sosial media. Iaitu tentang isu murid didenda duduk di jala tar kerana datang lewat. Isu ini digembar gemburkan oleh orang ramai. Apa yang dilihat juga adalah berkenaan pendirian pihak ibu bapa terhadap perkara ini.
Ibu bapa pelajar tersebut seumpamanya menyalahkan pihak sekolah kerana memberi denda yang sebegitu "kejam" terhadap anak mereka. Duduk di atas jalan tar merupakan satu perkara yang sangat kejam untuk dijadikan denda. Mungkin itulah yang berada di fikiran ibu bapa.
Sebenarnya, bagi aku sendiri ianya bukanlah teruk mana pun, malah lebih baik kerana boleh duduk dan bukan berdiri di atas jalan tar. Untuk pengetahuan semua, ketika aku bersekolah di asrama penuh, perhimpunan harian setiap hari akan dijalankan di atas jalan tar , ianya di panggil Dataran Kecemerlangan. 100% jalan tar. Perhimpunan dijalankan di mana semua pelajar perlu berdiri temasuk la pengawas. Yang duduk hanyalah guru-guru.
Tetapi ketika itu , tiada sesiapa yang membangkitkan soal duduk di atas jalan tar. Kawasan perhimpunan sekolah aku sama seperti dalam gambar di bawah , malah kawasananya 100 % adalah TAR DAN BUKANNYA SIMEN.
Ya , mereka marah kerana anak kesayangan mereka diperlakukan serupa itu. Sudahlah datang lewat ke sekolah , diberikan denda DUDUK di jalan tar pun sudah melenting. Mungkin selepas ini , untukd enda datang lewat , mereka perlu diberikan kerusi empuk di dalam bilik yang berhawa dingin, kemudian ibu bapa datang dan ambil gambar. Mungkin denda yang sebegitu mereka mahukan?
Persoalannya , siapakah yang manja? Anak yang dimanjakan atau ibubapa mempunyai sifat manjakan anak terlampau atau apa?
Sumber gambar : Google Image
Pendekatan didikan ibu bapa sekarang makin pelik.. Mereka seakan2 lupa bahawa itulah denda yang mereka lalui pada zaman mereka sekolah dulu, malah saya pasti ada yang lebih teruk lagi dendanya daripada ini... Ntahlah..
ردحذفbetul3x.. dulu LeYa sekolah pun duduk je atas jln tar time perhimpunan. ok je..sihat walafiat smpai skrang..
ردحذفibu bapa tlalau manja kan anak,, da kira btuah dpt duduk.. kita dulu2 3 jam pgeuan brucap 3 jam la bdiri hahahaha.. rezeki la kalau dpt duduk.. emmm apa pun tak blh
ردحذفmeh kita sekolahkan kembali ibubapa yg mengada2 tu. geram tul sy dgn ibubapa yg perasan bagus ni!
ردحذفnice sharing
ردحذف