Ulasan Muzik Video Dirgahayu Dato Siti Nurhaliza & Faizal Tahir

Aerill Hassan
1


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Pada Anugerah Industri Muzik ke 22 yang lalu , semestinya semua rakyat Malaysia yang menonton akan ingat pada persembahan paling epik oleh dua insan seni negara iaitu persembahan lagu Dirgahayu oleh Dato Siti Nurhaliza dan juga Faizal Tahir. Persembahan itu adalah unik kerana muzik videonya juga dilancarkan pada masa yang sama.
Jadi, kali ini jom kita lihat dan  ulas tentang muzik video yang telah dihasilkan oleh pihak pengurusan Faizal Tahir dan juga Dato Siti Nurhaliza.

Pertama sekali , jom kita lihat dulu video muzik Dirgahayu. 

Anda dah tengok video di atas? Okey, jom kita kupas satu persatu.



Di awalnya video yang hanya memperdengarkan kata-kata indah daripada mereka berdua, silih berganti. 
Cinta,
Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada setiap diri manusia,

Ia laksana setitis embun yang turun dari langit,

Cinta tak semestinya memiliki,

Cinta mengajar kita saling menghargai,

Cinta yang sejati,

Cinta yang takkan mati,

Dirgahayu cinta 
Bagi aku sendiri , kata-kata yang dilafazkan telah memberi gambaran keseluruhan tentang lagu ini. Bagaimana penceritaan dalam lagu ini telah berjaya ditonjolkan oleh dua legenda muzik negara ini.

Si wanita sedang termenung jauh ke luar melihat pemandangan dan juga memikirkan perasaan yang terpendam di hati.
Di bahagian seterusnya , kita dapat lihat bagaimana kesan khas telah ditambahkan dengan sangat baik .Sebenarnya , untuk mereka yang kenal dengan kawasan ini, di bahagian background nya adalah kawasan Kuala Lumpur ,sepatutnya terdapat bangunan tinggi dan bukannya gunung ganang.


Di sini kita dapat lihat kedua-dua pasangan bercinta ini  sedang termenung jauh memikirkan tentang cinta mereka yang tidak kesampaian. Ianya bagaikan memberi penceritaan jelas bagi aku bahawa mereka ini bercinta tetapi terdapat suatu entiti yang menghalang percintaan mereka. 


Kelihatan si wanita menaiki tangga dengan baju yang sangat gah , kain berjurai-jurai yang memberi makna kemegahan dan simbol cinta. Apa yang aku dapat gambarkan adalah bagaimana si wanita itu mencari si lelaki dengan menaiki tangga yang sangat antik itu. 


Si lelakinya mengekori tetapi tidak dapat mengejar dengan pantas. Aku dapat lihat yang si lelaki ini sedang mencari wanita tetapi masih tidak jumpa. Mungkin seperti hanya kelibat sahaja yang telah si lelaki nampak.


Di bahagian ini bermulanya suara wanita kedengaran. Di sini aku anggap bahawa si wanita sudah mula mengeluarkan perasaannya yang terbuku selama ini. Bercerita mengenai takdir, mengenai percintaat yang tidak kesampaian.


Si wanita ini mencuba untuk memahami  pada suatu hari nanti bahawa semuanya telah ditakdirkan tetapi dia juga menyatakan bahawa walau apa yang terjadi , cinta mereka tidak akan mati. 
Di bahagian ini , terdapat satu lagi kesan khas iaitu pada dinding di atas Dato Siti Nurhaliza. 


Sekali lagi , babak ini menceritakan tentang si wanita itu sedang mundar mandir memikirkan masalah percintaannya. Bagi aku ianya sangat bijak kerana menggunakan bangunan yang sangat megah dengan situasi sebegitu , lagilah penceritaan nya semakin jelas.


Kemudian , si lelaki pula masih mencari-cari kelibat wanita itu. Sekali lagi, ianya hanyalah seperti perasaan sendiri si lelaki bahawa wanita itu berada di situ, efek kain itu sangat bijak. Kain itu seperti faham bahawa si lelaki sudah berada di situ , jadi ia terpaksa melarikan diri secepat mungkin.


Di bahagian ini , walaupun mereka sebenarnya berada bersebelahan tetapi mereka sepertinya berada di dunia yang berbeza. Mereka bercerita dan meluahkan perasaan tetapi mereka tidak dapat disatukan dan cinta mereka terhalang.


Di bahagian ini ,dapat dilihat bagaimana kedua-dua mereka berada di tempat yang berbeza tetapi dekat di hati dan perasaan mereka.


Di pengakhirannya , mereka menerima segala ketentuannya tetapi mereka pasti bahawa pasti akan ada sebab terhadap cinta mereka yang terhalang.


Muzik video berakhir dengan grafik ini.

Secara keseluruhannya , bagi aku muzik video ini sangat mendalam untuk difahami. Mungkin setiap tafsiran oleh mereka yang melihat adalah berbeza, tetapi bagi aku sendiri, tafsiran aku adalah mudah. Bahawa mereka berada di dalam bangunan yang sama , tetapi terperangkap dalam masalah cinta yang mungkin tiada jodoh namun cinta mereka tetap mekar.
Tahniah aku ucapkan kepada pengarah muzik video ini  iaitu Syahir Ismail dari LOKALAB kerana berjaya mengarah muzik video terbaik di tahun 2016. Tahniah juga kepada team Faizal Tahir dan Dato Siti Nurhaliza kerana menghasilkan kolaborasi terbaik Malaysia yang pernah ada setakat ini.
Sebagai penutup , aku mengharapkan tahun 2017 memberi nafas baru dalam dunia muzik tanah air. In shaa Allah , semoga semakin banyak penghasilan naskhah lagu yang berkualiti tinggi dan bukan sekadar mahu menjadi pelengkap sahaja tetapi menjadikan muzik tanah air semakin naik, naik dan naik. 

إرسال تعليق

1تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!