Praktikal Di Istana Budaya 2

Aerill Hassan
1


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Ini adalah edisi kedua berkenaan cerita aku praktikal di Istana Budaya. Kita bermula dengan hari pertama. Hari pertama aku praktikal, aku di bawa ke bangunan Istana Budaya 2. Baru aku tahu bahawa ada dua istana budaya. Hahaha. Di Istana Budaya 2 , di situ terletaknya pejabat pengurusan dan pentadbiran serta tempat bagi Orkestra Tradisional Malaysia.

Jadi , hari pertama dimulakan dengan menguruskan penempatan pelajar praktikal di setiap bahagian. Macam aku dengan kawan-kawan aku , kami diletakkan di bahagian muzik. Di bahagian muzik pula terbahagi kepada dua iaitu Orkestra Simfoni Kebangsaan dan juga Orkestra Tradisional Malaysia.

Penempatan kepada dua bahagian ini ditentukan melalui alat muzik masing-masing. Macam aku , instrument yang aku belajar tergolong dalam orkestra simfoni kebangsaan. Kawan aku , dia bermain set drum , jadi dia ke bahagian Orkestra Tradisional Malaysia.

Kami semua di beri kad akses yang berfungsi memberi akses ke semua pintu masuk di dalam Istana Budaya. Orkestra Simfoni Kebangsaan berpangkalan di Istana Budaya satu, jadi selepas ini aku hanya perlu ke Istana Budaya 1 sahaja  dan tidak perlu ke bangunan satu lagi.

Kad akses tersebut ada tulis PRAKTIKAL jadi , itulah yang membezakan antara pekerja dengan pelajar praktikal di sini. Selain itu, tempat untuk punch card juga diberitahu oleh pekerja di pejabat pengurusan.



Selanjutnya, nantikan cerita dalam entri berikutnya.. 

Sekian

Baca Juga : Bahagian 1 | 3 | 4 | 5

إرسال تعليق

1تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!