Assalamualaikum dan salam sejahtera
Di pagi hari Ahad yang sungguh indah , aku telah ke Taman Botani Negara Shah Alam. Aku pernah ke sini pada Hari Sukan Negara 2016 yang lalu. Sepatutnya , pagi hari cuti yang sangat nyaman, cuaca pulak sejuk , aku pastinya akan tidur sahaja di rumah sewa.
Tapi bila memikirkan balik , baik aku pergi beriadah. Inilah masanya , nanti di penghujung semester , keadaan mesti sudah tidak mengizinkan. Dengan assignment yang banyak , aku rasa tak sempat nak beriadah kerana masa untuk berehat telah menjadi sikit.
Riadah kali ini sama seperti ketika tahun lalu , iaitu berbasikal. Terdapat sedikit perbezaan berbanding tahun lepas. Tahun ini , diwajibkan untuk semua memakai topi keselamatan atau 'helmet'. Disediakan helmet bagi semua penunggang basikal.
Selain itu , dalam entri yang lalu aku menceritakan bahawa kadar sewaan basikal adalah RM10. Kini , tiada lagi basikal kadar sewaan sedemikian. Paling murah boleh anda dapat adalah RM15. Agak mahal , tetapi bagi aku ianya berbaloi dengan keadaan basikal yang agak baru dan selamat.
Di hari cuti sebegini , dapat dilihat begitu ramai pengunjung berbilang bangsa dan agama. Kanak-kanak juga dibawa untuk melawat kawasan taman botani ini. Alhamdulillah , hampir 3 jam aku berada di sini , sudah berliter-liter peluh telah aku keluarkan.
Sekian.
Lebih suka riadah waktu pagi ..kebanyakkan tak ramai berbanding waktu petang
ردحذفalamak mahal nya basikal tu...takpe laa demi menikmati alam...apa pon boleh!
ردحذف