Review Album SimetriSiti 2017

Aerill Hassan
3


Assalamualaikum dan salam sejahtera


REVIEW ALBUM SIMETRISITI 2017 | Sudah hampir 5 hari album terbaru penyanyi tersohor negara, Dato Siti Nurhaliza telah dilancarkan dengan jayanya.. Dengan tajuk album 'SimetriSiti' sudah semestinya membuatkan para penggemar muzik tanah air ternanti-nantikan apakah yang akan diberikan kepada peminat. Dalam jangka masa 5 hari , terdapat pelbagai pandangan terhadap album ini , sama ada positif mahupun negatif.

Bagaimanakah penilaian anda terhadap album ini? Kini , tiba masanya untuk aku membuat review berkenaan setiap lagu di dalam album ini. In shaa Allah , review kali ini akan menitik beratkan setiap aspek.


1. Bersandar Cinta | Lirik : Ad Samad | Komposer  : Aubrey Suwito

"Setiap irama lagu, serta baris bait moga jadi azimat." 

Sebuah lagu yang menggunakan orkestra sebagai iringan muzik. Iringan orkestra membuatkan lagu ini sungguh "magik". Lagu ini sepertinya sesuai untuk filem Disney, terbayang babak di mana puteri menyanyikan lagu ini untuk putera raja, ketika majlis tarian ataupun ketika di hutan yang penuh warna warni. Penuh magis. Vokal yang sangat-sangat terkawal dan mantap!

* Terbayang cerita Frozen

 Bintang : *****

2. Penghiburku (bersama Joe Flizzow) | Lirik / Komposer : Siti Nurhaliza 

"Hari ke hari , dikau tak pernah jemu.."

Lagu ciptaan Siti Nurhaliza sendiri. Kedengaran agak moden, ada gaya macam lagu Barat. Bila tiba waktu chorus, kedengaran sangat moden. Di background macam ada bunyi marimba.Nampak gayanya macam sambungan kepada Dua Dunia , nyanyian Too Phat bersama Siti Nurhaliza.  Rap oleh Joe Flizzow boleh diterima. Tak banyak boleh dikatakan tentang lagu ini.

Bintang : ***

3. Ikrar Cinta | Lirik : Sulu Serawak | Komposer : Amirah Ali 

"Indah cahaya bulan , cantik di malam awan." 

Sweet. Ada gaya-gaya seperti lagu di dalam album Hadiah Daripada Hati. Tak menjangkakan part moden gitar. Sesuai untuk majlis perkahwinan , macam ada gaya lagu duet dalam album CTKD , Hanya Dia. Suka dengan rhythm bunyi gitar akustik. Lirik yang sesuai.

 *Terbuai-buai dengan lagu ni , sesuai untuk dengar sebelum tidur.

Bintang : *****

4. Segala Perasaan | Lirik\Komposer : Ivan Lahardika

"Tak sanggup aku , melawan rasa, segala perasaan , memang ku jatuh cinta."

Muzik intro dah sedap! Antara vokal terbaik dalam album ini. Ada gaya-gaya 90-an tapi versi moden. Teringat lagu Kau Kekasihku. Mungkin lagu ini adalah sambungan kepada lagu tersebut. Part bridge sangat-sangat best. Setuju sangat tentang lagu ini menjadi single pertama. 

* Saling menjaga dan setia , untuk selamanya.

Bintang : *****

5. Aku Bukan Malaikat | Lirik : Dian | Komposer : Opick

"Kau bisa syurga  bisa neraka , kau bisa malam , bisa siangku." 

Muzik intro kedengaran agak Indonesia. Verse 1 sangat minimal muziknya. Lirik yang sangat menyentuh. Lirik chorus yang sangat mendalam maksudnya. Lagu ini sangat kedengaran Opick. Makin lama, makin merdu, dari segi melody , ryhthm, semuanya seperti sebati. 

*suka pada minit 2.20, muziknya sangat sedap

Bintang : **** 

6. Manis Terindah | Lirik : Ad Samad | Komposer : Aubrey Suwito 

"Rinduku padamu terlalu luas duga. "

Lagu cinta yang manis. Lagu ini boleh dikatakan sangat "Aubrey Suwito". Kadang-kadang verse macam agak membosankan. Bahagian chorus pula kedengaran catchy. Part bridge merdu! Susunan muzik yang tepat.

Bintang : ***

7. Kisah Kuinginkan duet bersama Judika | Lirik/Komposer : Ivan Lahardika

" Berakhir sudah pencarian jalan cinta, berlabuh di ikatan suci kita. "

Antara lagu yang patut dijadikan single seterusnya! Bahagian verse sangat merdu. Bahagian chorus pula sangat-sangat sedap. Sempurna! Bakalan menjadi hits di Malaysia ,Indonesia, Singapura dan Brunei. Sangat setuju bila mana Dato Siti Nurhaliza nak berduet dengan Judika.

Bintang : ****

8. Tak Perlu Ragu | Lirik/Komposer : Ade Govinda

"Dari berjuta bintang yang ada, kau satu yang paling bercahaya.." 

Lagu cinta yang sangat indah! Terbayang lagu ini menjadi runut bunyi sebuah filem cinta seperti filem Heart. Bahagian chorus sangat menangkap. Beberapa kali bahagian chorus berpusing-pusing dalam kepala. Vokal Siti Nurhaliza pada lagu ini sangat indah dan manis. Sangat suka lagu ini!!

Bintang : *****

9. Kau Takdirku | Lirik : Habsah Hassan | Komposer : Mohariz Yaakup

"Di sini telah bermula semua kisah kita." 

Intro lagu ini seperti lagu Tanpa Dendam Di Hati , sangat nostalgia! Verse yang sangat rendah , teringat pada lagu Bisakah. Ada gaya-gaya 90-an! Tetapi muziknya agak moden, itu yang membuat lagu ini berbeza dengan lagu-lagu sekarang. Salah satu lagu yang patut dijadikan single seterusnya. Endingnya sangat moden.

* Rindu pada karya Allahyarham Dato Adnan Abu Hassan

Bintang : *****

10. Hiasi Duniaku | Lirik/Komposer : Sid Murshid

"Bawalah ku bersama , hiasi dunia cinta.." 

Lagu yang paling berentak moden dalam album ini. Kedengaran seperti lagu Warna Dunia. Susah juga nak dapat "tangkap" lagu ini. Lagu ini sesuai untuk tema iklan , atau tema rancangan-rancangan tv. 

Bintang : ** 


Alhamdulillah , dah selesai dengar dan review kesemua 10 lagu yang terdapat dalam album SimetriSiti ini. Semuanya adalah review ketika kali PERTAMA mendengar lagu di dalam album ini. Persepsi mungkin akan berubah jika berulang kali mendengar. Sebagai contoh , ada lagu yang kedengaran janggal di telinga , tetapi setelah berulangkali mendengar , di beri promosi dan disiarkan berulang-ulang di radio , akhirnya lagu tersebut diterima ramai.

Secara jujurnya , majoriti lagu dalam album ini berpotensi tinggi untuk berdiri dengan sendiri atau erti kata lain berjaya menjadi single yang hits. In shaa Allah.

Walau bagaimanapun , semua penggemar muzik perlu memberikan pujian pada usaha pihak Siti Nurhaliza Production dan juga Universal Music Malaysia di atas segala usaha menerbitkan album ini. Semua orang boleh memberikan pendapat, memberikan sebarang kritikan sama ada yang positif atau negatif. Tetapi hanya mereka yang bekerja dari awal proses sehinggalah tersiapnya album ini tahu tentang kerja keras di sebalik pembikinan album ini.

Tahniah di ucapkan kepada mereka yang bekerja keras di sebalik tabir pembikinan album ini. Sebagai penggemar muzik tanah air, aku cukup gembira bila mana ada artis yang keluarkan album penuh.  Ini barulah menunjukkan bahawa artis itu bersedia dan membuat pelaburan yang sangat tinggi untuk kerjaya seninya. Semuanya di atas nama SENI.


Sangat TIDAK ADIL apabila kualiti  atau pemilihan lagu di dalam album ini di compare kan terhadap album lain , terutamanya album Transkripsi. Ini adalah kerana konsep atau tujuan keseluruhan album adalah berbeza. Album SimetriSiti ini sememangnya layak di angkat sebagai antara album terbaik DCT.


Ranking Lagu

1. Bersandar Cinta *****

2. Segala Perasaan *****

3. Tak Perlu Ragu *****

4. Ikrar Cinta *****

5. Kau Takdirku *****

6. Kisah Kuinginkan ****

7. Aku Bukan Malaikat

8. Manis Terindah ***

9. Penghiburku ***

10. Hiasi Duniaku **

Bintang bagi keseluruhan album *****/*****


Nota : Kepada anda yang tidak sependapat dengan aku berkenaan review ini ,boleh memberikan komen anda di ruangan komen di bawah. 

إرسال تعليق

3تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!