Berubah Ke Arah Yang Lebih Baik

Aerill Hassan
1




Take Everyday As A Chance To Become A Better Muslim

Sebagai seorang manusia , kita tidak akan lari daripada melakukan kesilapan. Sama ada kesilapan kecil mahupun besar , semua orang tidak dapat lari daripadanya. Tetapi , dalam kehidupan seharian anda , pernahkah anda terfikir akan kehidupan di dunia selepas alam ini kelak? Sudah cukupkah amalan yang telah diamalkan sejak lahir?

Jika dihitung jumlah amalan anda, adakah anda benar-benar layak untuk menghuni syurga yang dijanjikan? Itulah persoalannya di sini. Manusia seringkali berfikir bahawa ajal yang datang bukan dalam jangka masa terdekat. Selalunya yang terjadi di fikiran adalah aku masih muda, masih lambat lagi untuk ajal.

Sebenarnya , ajal setiap orang tidak terduga. Bila-bila masa sahaja akan datang. Mungkin anda yang sedang membaca artikel ini juga akan didatangi ajal selepas ini? Siapa tahu. Oleh itu , kita sebagai hamba-NYA perlulah bersedia dari segi amalan harian kita. Jadikan setiap hari pasti kita akan melakukan sesuatu yang berfaedah.

Mungkin untuk berjihad di Palestin tidak mampu , tetapi setidaknya kita boleh memberikan senjata doa sebagai satu cara kita berbakti kepada mereka. In shaa Allah , semuanya akan diterima. Doa merupakan senjata kita semua. In shaa Allah. Jadi , sama-sama kita berusaha menjadi lebih baik setiap hari. 
 Sekian.




Tags

إرسال تعليق

1تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Walau apapun yg Kita lakukan mestilah dgn niat untuk mennadi lebih insya Allah Akan menjadi ibadah buat kita

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!