Assalamualaikum dan salam sejahtera
PANDUAN LENGKAP CARA MENGERJAKAN SOLAT SUNAT DHUHA | Entri kali ini akan aku ceritakan tentang cara cara mengerjakan solat dhuha. Solat dhuha sememangnya mempunyai pelbagai kelebihan kepada mereka yang mengerjakannya. Kita boleh mengerjakannya dimana-mana sahaja dan tidak mengambil masa yang lama.
CARA MENGERJAKAN SOLAT SUNAT DHUHA
Pengertian :-
Solat Dhuha bermaksud solat sunat yang dikerjakan pada waktu dhuha, iaitu pada saat matahari telah naik lebih kurang setinggi sebatang galah (kira-kira 20 minit selepas terbit matahari ) hinggalah matahari berada tepat di tengah- tengah langit (sebelum menjelang Zuhur).
Anjuran Rasulullah terhadap amalan Solat Dhuha adalah sebagaimana dalam sebuah hadis Riwayat Abu Hurairah ra:
“Telah bersabda Rasulullah SAW; Barang siapa yang memelihara jaminan (yang ada pada) Solat Dhuha, terampunlah baginya dosa-dosanya, sekalipun seumpama buih di lautan”
Cara-caranya :-
1. Lafaz Niat Solat Dhuha;
Solat Dhuha boleh dilakukan dengan dua (2) rakaat sahaja atau boleh diulang sehingga enam (6) kali solat. Bacaan dalam solat dibolehkan membaca sebarang surah. Namun begitu dicadangkan untuk membaca surah al-Shams pada rakaaat pertama dan pada rakaat kedua surah ad-Dhuha
“Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu, adalah waktu dhuha (milikMu), pancaran cahaya adalah pancaran cahaya (milik)Mu, (Segala) KecantikanMu itu adalah kecantikan (milik)Mu, (Apapun) Kekuatan adalah kekuatan (milik)Mu, (Apa juga) qudrat adalah qudratNya, dan (segala) perlindungan itu adalah (datang dari) pelindunganNya. Ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkanlah ia, jika ada di bumi keluarkanlah ia, Jika ia sukar (Kau) mudahkanlah, Jika ia kotor (Kau) suci bersihkanlah, Jika ia jauh dekatkanlah, dan jika ia hampir maka permudahkanlah, dengan kebenaran dhuhaMu, pancaran cahayaMu, KecantikanMu, KekuatanMu dan QudratMu, Berikanlah aku apa yang telah Kau telah berikan (kepada) hamba-hambaMu yang soleh.”
Selesai.
Untuk pengetahuan, sumber asal artikel ini adalah terbitan Panduan Mengerjakan Solat Sunat & Surah Yasin dan Amalan Pilihan dari Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Terengganu. Cara solat dhuha ini cuma sebahagian sahaja dari keseluruhan Panduan Mengerjakan Solat Sunat. Untuk download PDF lengkap dari Unisza, sila ke sini.
SEKIAN
Solat Dhuha ni paling senang nak buat tapi kalau dah busy sangat pandai lupa jugak
ردحذفthanks. kdg2 buat juga. malasnya skrg ni sbb busy dgn kerja namun akan diusahakan. In Sha Allah.
ردحذفTerima kasih atas perkongsian, Insha Allah akan cuba memperbaiki saham akhirat..
ردحذف