Assalamualaikum dan salam sejahtera
Anugerah Juara Lagu merupakan salah satu anugerah yang mengiktiraf komposer, penulis lirik dan penyanyi secara langsung dan mendapat tontonan ramai rakyat Malaysia. Ramai peminat yang sentiasa menantikan setiap kali anugerah ini diadakan. Oleh itu, mari kita lihat fakta-fakta atau trivia mengenai anugerah ini sepanjang kewujudannya.
Sumber : Wikipedia
.............................................................................
- Jika mengikut format pertandingan terbuka, hanya Francissca Peter dan Manan Ngah sahaja yang pernah memenangi dua tempat utama dalam satu majlis iaitu Juara dan Naib Juara di AJL yang pertama. Manakala jika mengikut format pertandingan kategori, M. Nasir pernah dua kali menang dua daripada tiga kategori genre masing-masing pada 1994 (Pop Rock & Irama Malaysia) dan 1997 (Irama Malaysia & sebagai penulis lirik untuk kategori Pop Rock) serta penyanyi Siti Nurhaliza juga sebanyak dua kali pada 1999 dan 2000 (Irama Malaysia & Balada).
- Satu-satunya keputusan yang sama untuk Anugerah Juara Lagu dan Anugerah Industri Muzik bagi kategori Lagu Terbaik keseluruhan adalah menerusi lagu "Jerat Percintaan" nyanyian Siti Nurhaliza (Dato') pada tahun 1996. Manakala lagu "Awan Nano" nyanyian Hafiz pula merupakan satu-satunya pemenang Juara Lagu dan juga Lagu Terbaik Anugerah Planet Muzik (APM) pada tahun 2013.
.............................................................................
.............................................................................
.............................................................................
.............................................................................
Noh Salleh merupakan satu-satunya penyanyi yang menyertai AJL dalam 4 daripada 5 format persembahan iaitu secara solo ("Angin Kencang"), secara padusuara/duo ("In Love With You" -Aizat Amdan) , bersama kugiran ("Aku Skandal" & "Mencari Konklusi" - Kumpulan Hujan), secara padusuara berkumpulan ("Pelita" - Monoloque & Azlan Rosle (A.P.I)). Noh hanya belum mencuba nyanyian secara kolaborasi berpenampilan (featuring).
.............................................................................
Datuk Seri Siti Nurhaliza merupakan satu-satu penyanyi yang pernah memenangi ketiga-tiga kategori dalam tahun yang berlainan, mendapat persembahan terbaik dalam semua kategori bagi lagu "Jerat Percintaan" (1996), "Aku Cinta Padamu" (1997), "Ya Maulai" (2001), "Nirmala" (2002), "Ku Milikmu" (2003) dan memenangi keseluruhan Juara Lagu untuk kategori balada dan irama Malaysia tetapi tidak bagi pop rock. Beliau juga merupakan artis paling kerap layak ke AJL (selepas Rohana Jalil) bermula dari 1996 sehingga 2003 malah Siti mengungguli rekod dengan layak ke AJL bagi 8 tahun berturut-turut. Bilangan lagu yang dinyanyikan Siti Nurhaliza juga yang terbanyak layak ke AJL dengan 18 buah lagu bagi 9 tahun (1996 hingga 2003, dan 2007).
.............................................................................
.............................................................................
Sekian
- M. Nasir menjadi komposer pertama yang memenangi AJL sebanyak empat kali dengan tiga lagu dinyanyikan sendiri iaitu menerusi lagu "Tanya Sama Itu Hud Hud" (1994), "Ghazal Untuk Rabiah" (1997), "Andalusia" (1999) dan nyanyian penyanyi lain iaitu "Awan Nano" (2011) yang dinyanyikan oleh Hafiz.
- Lima artis pernah memenangi Juara Lagu sebagai penggubah, penulis lirik dan penyanyi, iaitu M. Nasir menerusi lagu "Tanya Sama Itu Hud Hud" pada tahun 1994, Yasin bagi lagu "Mimpi Laila" pada tahun 2001, Ana Raffali bagi lagu "Tolong Ingatkan Aku" pada tahun 2010, Yuna dengan lagu "Terukir di Bintang" pada tahun 2012 dan Hael Husaini bagi lagu "Jampi" pada tahun 2017. Namun, Yuna hanya menyanyikan sendiri lagu tersebut pada separuh akhir Juara Lagu manakala semasa final AJL 27, Aizat Amdan telah menggantikan beliau kerana Yuna terikat dengan komitmen rakaman album di Amerika Syarikat. Manakala Hael Husaini menyertai kelompok ini menerusi lagu nyanyian sendiri hasil ciptaan bersama-sama Ezra Kong.
.............................................................................
- Ana Raffali merupakan komposer wanita pertama yang memenangi anugerah utama pada 2010 (Tolong Ingatkan Aku), manakala Habsah Hassan merupakan penulis lirik wanita pertama memenangi anugerah tersebut pada tahun 1987 (Menaruh Harapan).
- Misha Omar merupakan penyanyi pertama yang memenangi anugerah utama menerusi lagu sulung yang dirakamkannya. Lagu Bunga-bunga Cinta yang dirakamkan pada tahun 2002 merupakan lagu rakaman pertama Misha dan memenangi AJL pada tahun 2003. Manakala lagu Jerat Percintaan nyanyian Siti Nurhaliza bukanlah lagu pertama yang dirakamkan beliau biarpun dipetik daripada album sulung penyanyi tersebut.
.............................................................................
- Sehingga tahun 2008 dimana tahun selepasnya, penyertaan kategori dibubarkan, hanya Siti Nurhaliza dan Dayang Nurfaizah yang pernah menyertai AJL dalam kesemua kategori. Siti menyertai semua kategori silih berganti sejak tahun 1998 manakala Dayang menyertai kategori Pop Rock pada tahun 2001 selain memenangi kategori Balada pada tahun tersebut. Pada tahun 2004, Dayang memenangi kategori Etnik Kreatif.
- Sekiranya mengambil kira penyertaan bagi kategori terbuka, hanya Dayang Nurfaizah sahaja penyanyi yang menyertai kesemua kategori iaitu 3 kategori mengikut genre dalam format kategori dan menyertai AJL ketika format terbuka.
.............................................................................
Noh Salleh merupakan satu-satunya penyanyi yang menyertai AJL dalam 4 daripada 5 format persembahan iaitu secara solo ("Angin Kencang"), secara padusuara/duo ("In Love With You" -Aizat Amdan) , bersama kugiran ("Aku Skandal" & "Mencari Konklusi" - Kumpulan Hujan), secara padusuara berkumpulan ("Pelita" - Monoloque & Azlan Rosle (A.P.I)). Noh hanya belum mencuba nyanyian secara kolaborasi berpenampilan (featuring).
.............................................................................
Datuk Seri Siti Nurhaliza merupakan satu-satu penyanyi yang pernah memenangi ketiga-tiga kategori dalam tahun yang berlainan, mendapat persembahan terbaik dalam semua kategori bagi lagu "Jerat Percintaan" (1996), "Aku Cinta Padamu" (1997), "Ya Maulai" (2001), "Nirmala" (2002), "Ku Milikmu" (2003) dan memenangi keseluruhan Juara Lagu untuk kategori balada dan irama Malaysia tetapi tidak bagi pop rock. Beliau juga merupakan artis paling kerap layak ke AJL (selepas Rohana Jalil) bermula dari 1996 sehingga 2003 malah Siti mengungguli rekod dengan layak ke AJL bagi 8 tahun berturut-turut. Bilangan lagu yang dinyanyikan Siti Nurhaliza juga yang terbanyak layak ke AJL dengan 18 buah lagu bagi 9 tahun (1996 hingga 2003, dan 2007).
- 23 buah lagu beliau berjaya ke peringkat separuh akhir
- 18 buah lagu beliau berjaya ke peringkat akhir
- 17 trofi telah beliau menangi
- 5 Trofi Persembahan Terbaik
- 9 Trofi Juara Kategori (4 balada, 4 irama Malaysia/etnik kreatif, 1 pop rock)
- 3 Trofi Juara Lagu
- 8 tahun berturut-turut menyertai peringkat akhir
- 7 tahun berturut-turut penyertaan lagu balada ke peringkat akhir. (1996-2002)
- 5 tahun berturut-turut penyertaan lagu irama Malaysia/etnik kreatif ke peringkat akhir. (1998-2002)
- 4 tahun berturut-turut penyertaan 3 buah lagu ke peringkat akhir. (1998-2001)
- 5 tahun tidak secara berturut-turut penyertaan lagu pop rock ke peringkat akhir. (1998-1999, 2001, 2003, 2007)
- Satu satunya kategori yang belum pernah Datuk Siti Nurhaliza menangi adalah Vokal Terbaik sejak dipertandingkan pada tahun 2002.
.............................................................................
- Bagi format terbuka, Hafiz Suip merupakan satu-satunya penyanyi yang telah memenangi kesemua tempat dalam tahun yang berlainan. Beliau pernah memenangi Juara Lagu (Awan Nano - AJL26 & Bahagiamu Deritaku - AJL28), Naib Juara (Terimaku Seadanya - AJL31) bersama Misha Omar, Tempat Ketiga (Noktah Cinta - AJL25 & Ku Akui - AJL27), Vokal Terbaik (AJL25, AJL26 & AJL27) dan Persembahan Terbaik (AJL28).
- Misha Omar, Jaclyn Victor, Hafiz dan Dayang Nurfaizah merupakan peserta yang memenangi anugerah Vokal Terbaik lebih daripada sekali. Misha Omar menerusi penyertaannya pada tahun 2003 dan 2004, Jaclyn Victor pada tahun 2007 (duet dengan Lah Ahmad) dan 2013. Hafiz pula memenanginya pada tahun 2010, 2011 dan 2012. Dayang Nurfaizah pula memenanginya pada 2014, 2015 dan 2016.
- Antara artis yang menang besar bagi sebuah lagu termasuk juara keseluruhan dalam Anugerah Juara Lagu adalah:
- 1988 - Ramlah Ram (Juara Lagu & Persembahan Terbaik) : "Kau Kunci Cintamu Dalam Hatiku"
- 1989 - Kumpulan Search (Juara Lagu & Persembahan Terbaik) : "Isabella"
- 1993 - Fauziah Latiff (Juara lagu termasuk Juara Kategori & Persembahan Terbaik) : "Teratai Layu di Tasik Madu"
- 1994 - M. Nasir (Juara lagu termasuk Juara Kategori & Persembahan Terbaik) : "Tanya Sama Itu Hud-Hud" & Juara Kategori Etnik Kreatif "Bonda"
- 1995 - Aishah (Juara Lagu termasuk Juara Kategori & Persembahan Terbaik ) : "Cinta Beralih Arah"
- 1996 - Siti Nurhaliza (Juara Lagu termasuk Juara Kategori & Persembahan Terbaik ) : "Jerat Percintaan"
- 2000 - Siti Nurhaliza (Juara Lagu termasuk Juara Kategori) : "Balqis" & Juara Kategori Balada "Kau Kekasihku"
- 2003 - Misha Omar (Juara Lagu termasuk Juara Kategori & Vokal Terbaik) : "Bunga-Bunga Cinta"
- 2006 - Adibah Noor (Juara Lagu termasuk Juara Kategori & Vokal Terbaik) : "Terlalu Istimewa"
- 2009 - Aizat Amdan (Juara Lagu bagi lagu "Pergi") & (Persembahan Terbaik : "Kau Aku")
- 2011 - Hafiz Suip (Juara Lagu & Vokal Terbaik) : "Awan Nano"
- 2013 - Hafiz Suip (Juara Lagu, Persembahan Terbaik & Juara Mobile) : "Bahagiamu Deritaku"
- 2015 - Akim & The Majistret (Juara Lagu & Persembahan Terbaik) : "Potret"
- 2016 - Dayang Nurfaizah (Juara Lagu & Vokal Terbaik) : "Lelaki Teragung"
.............................................................................
Artis yang TIDAK memenangi Juara Lagu TETAPI memenangi 2 anugerah atau lebih pada satu Anugerah Juara Lagu:
- 1997 - Siti Nurhaliza (Juara Kategori Balada & Persembahan Terbaik ) : "Aku Cinta Padamu"
- 1999 - Noraniza Idris - Persembahan Terbaik & Juara Kategori Etnik Kreatif "Hati Kama"
- 1999 - Siti Nurhaliza - Juara Kategori Balada "Purnama Merindu" & Juara Kategori Etnik Kreatif "Hati Kama"
- 2001 - Siti Nurhaliza (Juara Kategori Pop Rock) : "Engkau Bagaikan Permata" & Persembahan Terbaik : "Ya Maulai"
- 2004 - Misha Omar - Vokal Terbaik & Juara Kategori Balada "Pulangkan"
- 2005 - Hazami - Vokal Terbaik & Juara Kategori Pop Rock "Kata"
- 2005 - Mawi - Persembahan Terbaik & Juara Kategori Etnik Kreatif "Aduh Saliha"
- 2008 - Faizal Tahir - Vokal Terbaik, Persembahan Terbaik & Juara Kategori Balada "Sampai Syurga"
- 2010 - Hafiz Suip - Tempat Ketiga bagi lagu "Noktah Cinta" & Vokal Terbaik menerusi lagu yang sama "Noktah Cinta"
- 2012 - Hafiz Suip - Tempat Ketiga bagi lagu "Ku Akui" & Vokal Terbaik menerusi lagu yang sama "Ku Akui"
- 2014 - Dayang Nurfaizah - Tempat Ketiga & Vokal Terbaik menerusi lagu yang sama "Di Pintu Syurga"
- .............................................................................
- Antara artis yang pernah layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu dengan 2 lagu dalam satu kategori secara solo ialah:
Siti Nurhaliza - Kategori Balada - "Kau Kekasihku" & "Nian di Hati"
Noraniza Idris - Kategori Irama Malaysia/Etnik Keratif - "Tinting" & "Ngajat Tampi"
Amy Mastura - Kategori Pop Rock - "Bintang Hati" & "Sha Na Na"Anugerah Juara Lagu 2005:
Jaclyn Victor - Kategori Balada - "Gemilang" & "Wajah"
Anugerah Juara Lagu 2007:
Faizal Tahir - Kategori Balada - "Kasih Tercipta" & "Mahakarya Cinta"
Anugerah Juara Lagu 2008:
Faizal Tahir - Kategori Balada - "Sampai Syurga" & "Cuba"
Anugerah Juara Lagu 2009:
Aizat - "Pergi" & "Kau Aku"
Anugerah Juara Lagu 2010:
Faizal Tahir - "Hanyut" & "Selamat Malam"
Anugerah Juara Lagu 2011:
Yuna - "Gadis Semasa" & "Penakut"
-
- .....................................................................
- Kumpulan Exist:Anugerah Juara Lagu 1992 - "Untukmu Ibu" dengan vokalis Mamat
Kumpulan Bunkface:
- Anugerah Juara Lagu 1994 - "Anugerah" dengan vokalis Mamat.
- Anugerah Juara Lagu 2002 - "Julia" dengan vokalis Ezad.
- Anugerah Juara Lagu 2003 - "Percayakan Siti" dengan vokalis Ezad.
- Anugerah Juara Lagu 2009 - "Situasi"
- Anugerah Juara Lagu 2010 - "Ekstravaganza"
- Anugerah Juara Lagu 2014 - "Rentak Laguku"
- Anugerah Juara Lagu 2015 - "Malam Ini Kita Punya"
- .............................................................................
- Kumpulan Kool juga merupakan kumpulan muzik yang mara ke pusingan akhir Juara Lagu 4 kali berturut-turut dengan penyertaan mereka kali pertama iaitu pada Anugerah Juara Lagu 1995 menerusi lagu Kau Dan Aku (menggantikan Ning Baizura) sekaligus menjadi juara dalam kategori Pop Rock. Pada Anugerah Juara Lagu 1996, Kumpulan Kool sekali lagi ke peringkat akhir Juara Lagu dengan lagu Bebas dan lagu ini juga berjaya menjadi juara dalam kategori Pop Rock menjadikan Kumpulan Kool antara kumpulan muzik pertama yang menjadi juara kategori 2 kali berturut-turut.
- Antara lagu yang dinyanyikan oleh Kumpulan Kool dalam Juara Lagu ialah :
Kesemua lagu-lagu ini dicalonkan dalam kategori Pop Rock, di mana lagu Kau Dan Aku dan Bebas ialah juara kategori.
- Anugerah Juara Lagu 1995 - Kau Dan Aku (menggantikan Ning Baizura)
- Anugerah Juara Lagu 1996 - Bebas
- Anugerah Juara Lagu 1997 - Cemburu
- Anugerah Juara Lagu 1998 - Satu Arah
.............................................................................
- Penulis lirik tersohor, Habsah Hassan merupakan penulis lirik yang paling banyak dicalonkan dalam sejarah AJL. Beliau memenangi kategori lirik terbaik sebanyak dua kali menerusi lagu "Menaruh Harapan" (1987) dan "Cukuplah Sekali" (1988).
.............................................................................
Sekian
terima kasih atas perkongsian...
ردحذفsama-sama
حذفdulu2 minat AJL...skrg tak minat dah... hehe..sejak bberapa tahun yg lalu AJL jadi suam2 kuku..
ردحذفhttps://byshaz.blogspot.my/2018/03/cepatnya-anak-membesar.html