Rumput Beijing | Apa itu Rumput Beijing?

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera


Bukan sembarangan rumput, sebaliknya Rumput Beijing atau dikenali juga sebagai Rumput Cina merupakan antara jenis herba yang dicari orang ramai.Menurut salah seorang pengusaha tanaman herba, Satria Ashraf Mohd Anuar, 33, antara khasiat Rumput Beijing adalah ia dikatakan penawar alternatif kanser usus dengan merebus dan meminum jusnya.


Selain itu, katanya, antara khasiat lain, herba berkenaan mampu meningkatkan sistem imunisasi tubuh, membersihkan buah pinggang, mengurangkan sakit akibat menjalani kimoterapi dan melegakan demam serta sakit ulser.

Rumput Beijing secara asasnya kelihatan seperti rumput biasa. Setelah membuat sedikit rujukan, tumbuhan ini juga dikatakan boleh mengeluarkan angin dari dalam badan dan juga boleh mencairkan darah beku. Kaedahnya wallahualam, tidak dijelaskan.



Satu lagi sumber menyatakan bahawa berdasarkan buku Chinese Medical Herbs of Hong Kong, Jilid 6, halaman 160, keseluruhan tumbuhan ini digunakan. Tumbuhan ini manis, menyejukkan, mempunyai ciri anti-inflamatory dan mencairkan kahak. Tiga kegunaan perubatannya:

a. Tuberculous lymphadenopathy
b. Dysuria
c. Untuk kegunaan luaran furuncles 

Tumbuhan ini juga dikatakan dapat menyejukkan badan. Caranya: Rebus lima tumbuhan ini dengan air sebanyak 3 cawan. Masukkan sesudu besar gula perang. Biarkan menggelegak sehingga tinggal secawan sahaja.  

Di Thailand, tumbuhan ini digunakan untuk merawat kanser tekak, hati, rahim, ileum, kulit dan sebagainya. Caranya: Ambil enam tumbuhan ini dan gunakan pengisar untuk menghancurkannya setelah dicampur dengan 4 sudu besar air, tapis, minum sebelum makan pagi dan sebelum tidur. Berikut amaran pada sumber maklumat ini: 

Disclaimer:
We are not doctors and it is not our intension to practice medicine.
We cannot be held responsible for the consequences of self medication.
Use this information at your own risk.

Tags

إرسال تعليق

0تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!