Tahniah Dato Seri Siti Nurhaliza

Aerill Hassan
1


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Untuk entri kali ini aku nak ucapkan tahniah buat penyanyi pujaan aku dan semua rakyat Malaysia kerana bakal melahirkan puteri sulungnya pada bulan Mac.Ya , sepatutnya entri ini dibuat pada bulan Oktober ketika beliau membuat pengumuman tetapi ketika itu aku sedang sibuk dengan pelajaran.
11 tahun menanti datangnya zuriat kurniaan Yang Maha Esa , alhamdulillah akhirnya makbul juga doa itu. Alhamdulillah , ramai yang memberikan ucapan tahniah kepada beliau ketika pengumuman itu dibuat. Sebelum itu , ramai yang mengatakan bahawa beliau mandul dan sebagainya , nahhh, sekarang beliau mengandung dan sedang sarat menghitung hari.
Semoga puteri yang bakal dilahirkan itu sihat sejahtera dan cantik seperti ibunya. Semoga Dato Seri Siti Nurhaliza selamat melahirkan puteri itu. Jangkaan aku adalah baby tersebut akan menjadi bayi paling popular di Malaysia termasuk di negara jiran juga.

Bersama menantu beliau. 
Selepas melahirkan, aku harap Dato Seri Siti Nurhaliza akan menjadi kurus seperti zaman anak dara dan kembali aktif dalam bidang nyanyian. In shaa Allah, tapi mungkin beliau akan lebih tumpukan perhatian pada anaknya, sama-sama kita lihat kelak.
Daripada cerita beliau, pelbagai usaha dilakukan untuk membolehkan beliau mengandung, termasuklah dengan cara menggemukkan diri. Patutlah selepas berkahwin, beliau kelihatan semakin berisi , kemudian kurus apabila ada konsert atau persembahan, kemudian berisi kembali. Mungkin itulah cara beliau untuk mendapatkan anak yang diidam-idamkan. 
Apa -apa pun tahniah diucapkan , semoga bayi yang dilahirkan akan menjadi anak yang solehah dan cantik persis ibunya. Tahniah Tokti.

Sekian. 

إرسال تعليق

1تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!