Viral vs Amanah

Aerill Hassan
4

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Kecoh petang kelmarin apabila wajah anak kepada penyanyi tersohor negara tular di media sosial. Umum sudah mengetahui bahawa wajah dan nama bayi tersebut akan diumumkan pada majlis yang akan diadakan selepas 7 hari kelahiran. Malangnya ada pihak yang tidak sabar yang telah mengupload gambar bayi tersebut dengan sengaja di media sosial.

Kemudian, gambar itu tersebar di beberapa tempat di media sosial. Setelah dikecam, gambar itu di delete oleh orang yang sebarkan, tetapi media massa yang lain seperti Berita Harian, Roti Kaya dan sebagainya telah memberitakan tentang kes tular gambar ini dengan meletakkan gambar bayi itu pada entri mereka.

Bukankah ianya juga salah satu penyebaran yang salah? 

Jika kita boleh menunggu selama 9 bulan untuk kelahiran bayi , tidak bolehkah kita menunggu selama 7 hari untuk melihat gambar bayi comel itu? Yang lebih terkilan, sepatutnya ibu bapa bayi tersebutlah perlu menjadi orang pertama yang memperlihatkan rupa bayi kepada khalayak ramai, malangnya tangan-tangan gatal yang telah menularkam gambar itu. Inilah bahana apabila mahu menjadi orang pertama yang sebar berita.

Rakyat Malaysia sememangnya jaguh dalam menyebarkan berita, sama ada ianya sudah ditanya kepada tuan punya cerita, atau sebaliknya, yang penting "aku mesti sebar berita itu."Di manakah etika sebagai seorang manusia, bila mana amanah tidak dapat dijaga sebaiknya?

Sekian

إرسال تعليق

4تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Sepatutnya amanah lah.. media massa pun sepatutnya tak payahlah keluarkan gambar tu.. Blur kan ke..

    ردحذف
  2. bila hilang amanah... itulah yang terjadi... memang terkejut juga post tu... sbb ada terbaca pos mula tu, dtck tak sedia lagi nak kongsikan gambar... tup2 tak sampai sehari dah ada org share... huhu

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!