Assalamualaikum dan salam sejahtera
SimetriSiti merupakan album studio ke-17 dari penyanyi Datuk Siti Nurhaliza. Album ini dilancarkan pada 5 Mei 2017 dan mula menjengah di pasaran pada 10 Mei 2017 menerusi Siti Nurhaliza Productions dan Universal Music Malaysia selepas album Fragmen (2014). Dirakamkan dalam tempoh yang singkat, dari Mac hingga April 2017, pembikinan album ini menyaksikan kolaborasi antara komposer, penulis lirik dan penerbit Malaysia dan Indonesia.
Pra-tempahan untuk SimetriSiti edisi eksklusif boleh didapati di Lazada Malaysia pada 5 Mei 2017, dan semua 300 salinan album habis dijual dalam masa 20 minit. "Segala Perasaan" dikeluarkan sebagai single pertama untuk album ini yang dikeluarkan pada 28 April 2017.
SimetriSiti menjadi album Siti Nurhaliza yang ketiga yang mana kulit albumnya menampilkan beliau bertudung selepas album Tahajjud Cinta (2009) dan Fragmen (2014).
...........................................................................
Latar Belakang
Pada November 2016, Datuk Siti Nurhaliza mendedahkan sebelum percutiannya selama 3 minggu, beliau meminta Aubrey Suwito untuk membuat pengumuman di laman Facebook beliau bagi mencari lagu baharu untuk album terbarunya. Beliau juga meminta beberapa artis Malaysia dan Indonesia untuk mencipta lagu-lagu untuk albumnya, termasuk Hazami dan Opick. Sehingga November 2016, beliau telah menerima sebanyak penyertaan 300 lagu, termasuk dari penulis lagu Indonesia. Beliau mengulas mengenai pemilihan lagu tersebut: "Saya tidak terlalu memilih komposer baharu atau lama, apa yang penting ialah lagu tersebut mesti mudah diterima dan rancak. Namun, saya masih mementingkan kualiti gubahan muzik yang matang dan bagus."
Keseluruhan proses, dari menyemak dan memuktamadkan calon lagu untuk rakaman keseluruhan album mengambil masa lima bulan untuk beliau dan pasukannya bagi menyiapkannya. Untuk lima bulan pertama, beliau terpaksa menghadiri beberapa sesi pendengaran sebelum memilih 10 lagu terbaik. 10 lagu yang terbaik telah dipilih berdasarkan melalui undian yang dibuat oleh Datuk Siti, pengurusannya (Siti Nurhaliza Productions), dan syarikat rakamannya (Universal Music Malaysia). Untuk menghalang mereka daripada menjadi berat sebelah semasa pemilihan lagu, ia dilakukan tanpa pengetahuan identiti komposer.
Jumlah kos pembikinan album SimetriSiti dianggarkan berjumlah RM 100 000.
..................................................................
Rakaman dan Penerbitan
Biarpun pada asalnya dijadualkan untuk keluaran pada Mac 2017, proses rakaman untuk album ini hanya bermula pada Mac 2017. Pada peringkat awal rakaman, Siti mengakui bahawa beliau mempunyai kesukaran untuk menyanyikan beberapa lagu kerana masalah kesihatan. Walau bagaimanapun, dengan latihan yang betul dan mengekalkan oleh guru vokalnya, beliau dapat menyelesaikan tugas dan merakam lagu dalam masa yang ditetapkan. Beliau berkata, "Pada mulanya, saya merasakan seolah-olah saya tidak bersedia untuk merakam lagu-lagu saya yang pertama dan kedua, tetapi, bersyukur, apabila mendengar beberapa lagi, saya mendapati bahawa lagu-lagu tersebut membawa sisi yang berbeza untuk vokal saya."
Semasa peringkat awal perancangan album pada Januari 2017, beliau mendedahkan bahawa satu lagu daripada album ini akan dirakamkan dalam Mandarin. Bagaimanapun idea itu dimansuhkan meninggalkannya dengan kurang satu trek. Satu idea saat akhir, Siti membuat keputusan untuk mengarang sebuah lagu yang ditujukan khas untuk peminat beliau, "Penghiburku". Sebelum mengarang lagu, beliau mempunyai masa yang kasar dalam mengarang sebuah lagu yang lengkap. Inspirasi untuk muzik yang datang kepada beliau apabila beliau melawat menantu tirirnya, Tya Arifin yang sedang berpantang pada Mac 2017. Beliau teringat kembali detik itu, :"Tidak sangka pula pada melodi lagu "Penghiburku" muncul dalam kotak minda ketika menemani menantu tiri. Saya segera rakamkan melodi tersebut menggunakan telefon bimbit lalu dihantar kepada Aubrey (Suwito) untuk diterbitkan." Apabila beliau menghantar demo kepada Sze Wan, beliau mencadangkan kepada Siti bahawa beberapa rap untuk dimasukkan ke dalam lagu rancak yang membawa kepada penglibatan Joe Flizzow untuk menyediakan ayat-ayat tambahan. Lirik "Penghiburku" pada sisi lain, telah dicipta oleh Siti pada hari rakaman itu sendiri.
Selain mengambil bakat tempatan, Siti juga mengambil beberapa komposer dan pemuzik dari Indonesia untuk menyumbangkan tenaga mereka untuk SimetriSiti. Ivan Lahardika, pemuzik Indonesia, menerbitkan dua lagu untuk album, termasuk "Segala Perasaan", single pertama album. Beliau juga bertanggungjawab untuk duet "Kisah Ku Inginkan", di mana Judika, penyanyi Indonesia sebagai vokal jemputan. Idea untuk kolaborasi bermula apabila Siti dan Judika membuat persembahan bersama di Anugerah Planet Muzik 2014. Walaupun beliau pada asalnya untuk terbang ke Indonesia untuk merakamkan "Kisah Ku Inginkan" pada Mac 2017, beliau kemudiannya merakamkan lagu tersebut di Malaysia bersama Yasin Sulaiman yang berkhidmat sebagai penerbit vokal beliau. Bagi merakamkan vokal untuk "Tak Perlu Ragu", beliau bertandang ke Indonesia. Diterbitkan oleh Ade Govinda dan Jeje Govinda, beliau merakamkan lagu tersebut pada 16 Mac 2017.
Lagu terakhir yang dirakamkan untuk SimetriSiti ialah "Aku Bukan Malaikat" yang dirakamkan pada 6 April 2017. "Aku Bukan Malaikat" dicipta dan diterbitkan oleh Opick, seorang lagi artis Indonesia yang terlibat dalam pembikinan album. Apabila beliau bertemu dengan Opick di "Konsert Rapatkan Saf" pada Oktober 2016, beliau memintanya untuk mengarang lagu untuk albumnya. Siti menjelaskan "Aku Bukan Malaikat" sebagai sebuah lagu yang dikhaskan bagi "wanita sentimen" sepertinya. Beliau mengakui bahawa beliau telah dihanyutkan oleh emosi ketika merakamkan lagu dan beliau terpaksa cepat mengumpulkan dirinya dan menstabilkan perasaannya.
Lima lagu dari SimetriSiti, "Bersandar Cinta", "Ikrar Cinta", "Manis Terindah", "Segala Perasaan", dan "Tak Perlu Ragu" menerima komposisi orkestra string dari Bulgarian National Radio Symphony Orchestra (Orkestra Simfoni Radio Kebangsaan Bulgaria). Orkestra string dirakamkan untuk lima lagu telah dijalankan di Bulgaria dan mengambil masa beberapa jam untuk disiapkan. Rakaman tersebut kemudiannya dihantar pulang ke Malaysia untuk proses adunan. Mastering audio untuk semua lagu kemudiannya dilakukan oleh Jay Franco dari Sterling Sound di New York, Amerika Syarikat.
............................................................................................
Tidak seperti Fragmen, album terdahulunya yang disifatkan amat peribadi, untuk SimetriSiti, tajuk album yang telah dipilih oleh Siti kerana ia mewakili rawatan yang sama setiap lagu dalam album menerima, daripada memilih komposer dan lagu-lagu, cara lirik dinyanyikan dan sehingga penerbitan rakaman muzik secara umum.
Rekabentuk dan kulit album dikatakan telah diilhamkan oleh "deria fesyen 1950an Marilyn Monroe". Kulit album piawai untuk album ini menampilkan beliau dan beberapa peminat yang berlakon sebagai paparazi. Menurut Siti, kulit album retro Hollywood telah dipilih kerana ia mewakili perjalanan 21 tahun beliau sebagai seorang pemuzik dan penghibur. Beliau mengulas bahawa kerjayanya disokong oleh peminat, jurugambar, jurusolek artis, pereka fesyen, dan wartawan, dan, "...molek rasanya jika saya abadikan mereka secara visual menerusi rekaan kulit album SimetriSiti." Untuk versi eksklusif album yang hanya boleh didapati untuk pra-tempahan di Lazada.com.my, ia menampilkan keseluruhan kulit album yang direka secara berbeza,, lengkap dengan tandatangan bercetak beliau. Berikutan keeksklusifannya, pra-tempahan untuk versi eksklusif yang sepatutnya bermula dari 5 hingga 9 Mei, berakhir hanya dalam masa 20 minit pada hari pertama.
....................................................................
Pelancaran dan Promosi
Untuk mempromosikan SimetriSiti, pra-tempahan secara eksklusif bagi album boleh didapati di Lazada Malaysia dari 5 sehingga 9 Mei 2017. Bagaimanapun berikutan jumlah terhad bagi salinan dan kulit album eksklusif dan poskad tambahan, semua 300 salinan bagi edisi eksklusif habis dijual dalam masa 20 minit pada hari pertama. Tidak seperti keluaran kulit album piawai, versi eksklusif menampilkan kulit depan yang berbeza, lengkap dengan tandatangan bercetak Siti. Pada 5 Mei juga, beliau melancarkan album ini di The Royale Chulan Hotel, Kuala Lumpur. semasa pelancaran album ini, beliau menyanyikan 10 lagu SimetriSiti secara medley dalam masa 20 mini. Muzik video untuk "Segala Perasaan" dan "Bersandar Cinta" juga dipertontontkan semasa acara itu.
Untuk pasaran Indonesia bagaimanapun, SimetriSiti hanya mempunyai 9 lagu. Sejak hakcipta lagu itu dikongsi antara Universal Music Group (Malaysia) dan Sony Music Indonesia, "Kisah Ku Inginkan", lagu duet bersama tidak dimuatkan dalam SimetriSiti di Indonesia. Bagaimanapun, lagu tersebut akan dimuatkan dalam album terbaru Judika yang akan datang.
Album SimetriSiti juga boleh didapati menerusi butik Creacion dan stesen minyak Petronas yang terpilih bersempena kehadiran bulan Ramadan, bagi memudahkan peminat mendapatkan album terbarunya.
...........................................................................
Single
"Segala Perasaan" dikeluarkan sebagai single pertama SimetriSiti. Ia dikeluarkan pada 27 April untuk penstriman dan muat turun. Semasa keluarannya, "Segala Perasaan" menduduki tangga teratas di carta lagu teratas iTunes Malaysia. Menurut Siti, "Segala Perasaan" mencabar vokalnya dan ia memerlukan beliau untuk memahami lirik sambil menyanyi. Untuk muzik video "Segala Perasaan", Siti memegang watak superheroin, peranan pertamanya yang sedemikian."Bersandar Cinta" menjadi single kedua album ini, dikeluarkan pada 15 Jun 2017."Aku Bukan Malaikat" menjadi single ketiga SimetriSiti, dikeluarkan pada 21 September 2017.
.................................................................
Senarai Runut
1. Bersandar Cinta
Penulis : Ad Samad
Komposer : Aubrey Suwito
2. Penghiburku (bersama joe Flizzow)
Penulis : Siti Nurhaliza
Komposer : Siti Nurhaliza
3. Ikrar Cinta
Penulis : Sulu Sarawak
Komposer : Amirah Ali
4. Segala Perasaan
Penulis : Ivan Lahardika
Komposer : Ivan Lahardika
5. Aku Bukan Malaikat
Penulis : Dian
Komposer : Opick
6. Manis Terindah
Penulis : Ad Samad
Komposer : Aubrey Suwito
7. Kisah Kuinginkan duet Judika
Penulis : Ivan Lahardika
Komposer : Ivan Lahardika
8. Tak Perlu Ragu
Penulis : Ade Govinda
Komposer : Ade Govinda
9. Kau Takdirku
Penulis : Habsah Hassan
Komposer : Mohariz Yaakup
10. Hiasi Duniaku
Penulis : Sid Murshid
Komposer : Sid Murshid
Sekian
Tak pernah memiliki album siti tapi lagu2 beliau pasti yang terbaik dari yang terbaik.. ;)
ردحذف