Gerai Terbaik di Kompleks Tanjung Dawai, Kedah Darul Aman

Aerill Hassan
8


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Entri sebelum ini , aku ada menceritakan tentang kisah aku sekeluarga ke Tanjung Dawai. Dalam entri tersebut aku hanya menceritakan tentang makanan  dan lauk serta pemandangan di kawasan itu sahaja. Dalam entri ini , aku nak cerita pula tentang satu gerai menjual makanan kering di Kompleks yang sama.

Kompleks Tanjung Dawai, Kedah Darul Aman


Di bahagian atas Kompleks MPSPK Tanjung Dawai adalah bahagian gerai yang menjual produk hasil hidupan laut. Ke semua gerai di bahagian atas boleh dikatakan menjual barang yang sama tetapi berlainan jenama dan kualitinya. Aku sekeluarga tertarik dengan satu gerai yang berada di bahagian tengah. Nama gerainya adalah YAH BT SHAFIE. Apa yang dijual di gerai ini? Jom lihat :-



Kompleks Tanjung Dawai, Kedah Darul Aman
Pemilik gerai memakai tudung berwarna Oren.
Kompleks Tanjung Dawai, Kedah Darul Aman

Kompleks Tanjung Dawai, Kedah Darul Aman

Kompleks Tanjung Dawai, Kedah Darul Aman


Kompleks Tanjung Dawai, Kedah Darul Aman

Ini adalah sebahagian sahaja. Boleh dilihat semuanya adalah produk hasil tangan sendiri. Apa yang menjadi perhatian aku adalah pemilik gerai yang sangat murah hati. Sudah beberapa kali jika kami ke sini , pasti akan singgah di gerainya. Contohnya :- Aku membeli barang berharga RM25.00, tuan pemilik gerai akan menambah beberapa barang lagi ke dalam beg plastik sebagai hadiah atau derma. Bukan sekali,tetapi tiap kali datang ke gerainya pasti akan berbuat yang sama. Berbeza dengan gerai yang lain.

Selain itu, harga makanan yang sangat berpatutan dan pelbagai jenis pilihan produk. Gerai lain pun mempunyai pelbagai produk tetapi boleh dilihat pelanggan lebih ramai di gerai ini. Mungkin aura gerai ini agaknya. Jadi, jika anda singgah di kawasan ini , jangan lupa untuk datang ke gerai ini ya! 


Sekian


إرسال تعليق

8تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Itu istimewanya kedai makcik ni. Berniaga sambil bersedekah. In shaa Allah rezeki melimpah ruah

    ردحذف
  2. Baru bulan lepas CCL jejak kaki ke kompleks tanjung Dawai ..kalau nak beli ikan bikis yang pelbagai gred , ikan nasin , ikan kering memang sini lah CCL n family akan cari tiap kali ke tanjung dawai

    ردحذف
  3. Jarang sangat dapat jumpa peniaga yang murah hati macam mak cik tu semoga perniagaan cik yah terus berkembang dan bertambah maju

    ردحذف
  4. Tak pernah sampai Tg Dawai ni..harap dapat sampai sana satu hari nanti.

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!