Konsert Live Siti Nurhaliza (1999)

Aerill Hassan
6
Assalamualaikum dan salam sejahtera




Konsert Live Siti Nurhaliza merupakan konsert solo pertama selama satu hari oleh penyanyi rakaman Malaysia, Siti Nurhaliza. Konsert ini dianjurkan bersama oleh DWI Events Sdn Bhd dan Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd. Konsert yang diadakan pada 30 Oktober 1999 ini mendapat maklum balas positif dan ulasan daripada pengulas konsert dan petugas media yang rata-ratanya memuji vokal dan persembahan Siti secara keseluruhannya.

..................................................................

Konsert

Konsert Live Siti Nurhaliza merupakan konsert solo pertama Siti Nurhaliza dalam kerjaya muzik beliau sejak kemunculan sulungnya selepas memenangi Bintang HMI anjuran RTM pada 1995. Solekan beliau untuk konsert pertamanya disediakan oleh Nurul Shukor.

Berlangsung pada 30 Oktober 1999, Siti Nurhaliza mengorak langkah besar apabila menjayakan konsert pertama beliau yang bertaraf nasional. Konsert ini berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil. Dalam konsert ini, Siti mempersembahkan 26 buah lagu, termasuk tribute buat Sudirman. Konsert yang memakan masa dua jam ini mendapat tajaan dari Pepsi, berikutan Siti merupakan jurucakap untuk Pepsi ketika itu.

Siti juga turut menjemput kanak-kanak kurang upaya untuk turut serta mempersembahkan dua buah lagu secara medley. Selain itu, Siti turut menyelitkan beberapa gimik yang cukup berkesan termasuk memainkan instrumen muzik dengan memakai baju bergemerlapan, menggunakan baju fluorescent, dan sebagainya. Walaupun konsert pertama ini kurang mendapat sambutan (lebih 10, 000 orang yang hadir), Siti tetap cekal dan bertabah, dan akan terus menjayakan konsert-konsert yang lebih besar dimasa akan datang.

Dahulu Siti pernah memasang angan-angan untuk membuat konsert sebelum usia 21 tahun dan alhamdulillah angan-angan itu berjaya menjadi kenyataan di usia Siti 20 tahun
— Siti Nurhaliza semasa konsert pertamanya.

...................................................................................



Sambutan

Konsert ini diterima dengan baik oleh pengkritik dan beliau dipuji kerana vokal dan persembahannya. Seorang pengkritik dari Utusan Malaysia mengulas, "tidak disangkal lagi, pada malam itu, Siti menggunakan sepenuh kelebihan vokalnya dalam persembahan yang mantap dan bertenaga." Hey dari Berita Harian di dalam ulasannya menyebut, "Jika diberi peluang sedikit masa lagi, pasti Siti Nurhaliza Taruddin mampu meletak diri sebagai penghibur serba boleh. Konsert 'Live' Siti Nurhaliza juga dipilih oleh Marina Abdul Ghani dari The Malay Mail sebagai salah satu konsert terbaik tahun ini.

Saniboey dalam ulasan dua bintangnya untuk Harian Metro mengulas, ''Tiada pertikaian mengenai vokal Siti yang amat baik, namun bunyi dan kualiti yang lemah nyata merosakkan keindahan album ini".Di dalam ulasannya untuk New Straits Times, Zainal Alam Kadir memberikan album dua dan setengah bintang. Dalam kajian semula yang lebih positif oleh Marina Abdul Ghani dari The Malay Mail, beliau mengulas album itu sebagai, "Album yang berkualiti tinggi dari segi rakaman dan penyuntingan, ia mempunyai Siti memaparkan serba bolehnya dalam menangani genre lagu yang berbeza dari pop, irama & blues kepada tradisional."Tafsiran Siti mengenai lagu-lagu Sudirman semasa konsert itu dipuji oleh ketiga-tiga pengkritik di mana Zainal mengulas sebagai "kemuncak penerbitan" dan Saniboey menulis, "Sesi lagu Sudirman dendangan Siti itu benar-benar membuatkan saya terhibur".

......................................................................



Senarai Lagu :-

Persembahan 1

  • "Engkau Bagaikan Permata"
  • "Lagu Ku Di Hatimu"
  • "Jawapan di Persimpangan"
  • "Antara Waktu dan Usia"
  • "Wajah Kekasih"
  • "Kau Kekasihku"
  • "Sendiri (Mencintaimu Selamanya)"
  • "Langkah di Persada"
  • "Jerat Percintaan"
  • "Purnama Merindu"
  • "Nian di Hati"
  • "Dir"
  • "Pelangi Petang"
  • "Balik Kampung"
  • "Basikal Tua"
  • "Salam Terakhir"


Persembahan 2


  • "Usah Diragui"
  • "Diari Hatimu"
  • "Joget Berhibur"
  • "Cindai"
  • "Satu Cinta Dua Jiwa"
  • "Kini Kau Di Sisi"
  • "Bisikan Asmara"
  • "Aku Cinta Padamu"
  • "Mahligai Asmara"
  • "Aku Cinta Padamu" (korus)
.....................................................................




Tarikh Konsert : 30 Oktober 1999
Bandar : Kuala Lumpur
Negara : Malaysia
Tempat : Stadium Putra, Bukit Jalil
Kehadiran : Tiket Habis Dijual

إرسال تعليق

6تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!