Assalamualaikum dan salam sejahtera
Konsert Mega Siti Nurhaliza merupakan konsert solo ketiga oleh penyanyi rakaman Malaysia, Siti Nurhaliza, ia diadakan enam bulan selepas beliau melancarkan album studio ketujuhnya, Safa. Ia juga merupakan konsert berskala besar Siti yang pertama.
..............................................................
Konsert
Berlangsung pada 30 Jun 2001, Siti Nurhaliza sekali lagi menjayakan konsert mega beliau, selepas konsert pertama dua tahun yang lalu. Bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil, Siti mempersembahkan 32 buah lagu. Konsert ini mendapat liputan media, dan mendapat kritikan positif dari pelbagai pihak. Jualan tiket juga dikatakan amat laku, sekaligus membuktikan bahawa konsert Siti merupakan antara konsert yang paling berjaya di Malaysia.
Bagi memuaskan hati semua penonton di setiap sudut stadium, pentas persembahan direka dengan bentuk heksagon, diletakkan di tengah stadium, dan dipancarkan ke skrin di setiap sudut stadium. Pentas direka dengan dua paras, paras bawah digunakan untuk penari,dan paras atas direka untuk persembahan Siti. Pemuzik-pemuzik dan penyanyi latar diletakkan di antara dua paras tersebut. Di bawah pentas(paras atas), merupakan tempat dimana bilik persalinan.
Di sekeliling pentas, merupakan tempat untuk persembahan para gimrama, ahli-ahli kawad, dan juga trek untuk perarakan kereta klasik Cobra, tajaan En. Alias. Siti diarak masuk menggunakan kereta Cobra untuk segment lagu-lagu klasik(era 50an sehingga era 90an). Siti turut menyelitkan beberapa kejutan, termasuklah di segmen pembukaan, stadium dikejutkan dengan bunyi helikopter, dan kemudian Siti muncul di arena dengan gimik khas, terbang dari hujung stadium ke arah pentas.
Antara lain, Siti turut menghiburkan penonton dengan membuat pertunjukan magis, hasil tunjuk ajar Alex. Bagi mengimbas kembali kenangan zaman sekolah, Siti membuat segmen gimrama di bawah bimbingan Petrina Low, kerana ketika di usia persekolahan, Siti terlibat dalam aktiviti gimrama. Di segmen itu, Siti turut mempraktikkan bakat beliau menggunakan gelung hula hoops, sebelum menghilangkan diri di sebalik tabir hitam.
Bagi segmen irama Malaysia, pasukan gendang rebana melaungkan nama "SITI" ketika di puncak paluan, diketuai oleh Siti sendiri. Di dalam segmen yang sama, Siti turut mempersembahkan tarian tradisional, menggunakan buluh-buluh, sebelum dijunjung oleh empat jejaka.
Selain itu, Siti turut menjemput ayahanda beliau, Tan Sri Dato SM Salim, untuk berduet bersama beliau bagi lagu Pandang-Pandang Jeling-Jeling. Lagu tersebut dinyanyikan ketika mereka diarak menaiki beca, mengelilingi pentas utama.
Konsert Mega ini mendapat kerjasama dari pelbagai pihak termasuk Pasukan Kawad Senyap TLDM, ahli-ahli gimrama, Persatuan Masyarakat Vespa Selangor dan sebagainya.
..........................................................................
Susunan lagu :-
Persembahan 1
- Detik-detik Konsert
- "Lakaran Kehidupan"
- "Azimat Cinta"
Medley 1:
- "Kau Kekasihku"
- "Sempadan"
- "Kurniaan Dalam Samaran"
- "Purnama Merindu"
Medley 2:
- "Khayalan Cinta"
- "Cari-Cari"
- "Gelora Kasih"
Medley 3:
- "Kita Kan Bersama"
- "Kini Kau Disisi"
- "Engkau Bagaikan Permata"
- "Kau Ku Sayang"
Medley 4:
- "Bicara Manis Menghiris Kalbu"
- "Milikmu Teristimewa"
Medley 5:
- "Jalinan Cinta"
- "Indah Percintaan"
Persembahan 2
Medley 6:
- "Serentak Dua Rentak"
- "Syurga Idaman"
- "Hari Ini dan Semalam"
- "Sekadar di Pinggiran"
- "Kemaafan Dendam"
- "Percayalah"
- "Kudus Sinarmu"
- "Don’t Put My Heart On Hold"
- "Joget Kasih Tak Sudah"
- "Ya Maulai"
Medley 7:
- "Mahligai Permata"
- "Keroncong Si Endang Endong"
- "Masri Manis"
- "Pandang-Pandang, Jeling-Jeling"
- "Balqis"
..........................................................................
Tarikh Konsert : 30 Jun 2001
Bandar : Kuala Lumpur
Negara : Malaysia
Tempat : Stadium Putra, Bukit Jalil
Kehadiran : Tiket Habis DIjual
Anugerah
- Anugerah Industri Muzik 2002
Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album (Wanita) - Menang
................................................................................
Sekian
JM ada beli cd nya ...
ردحذفsekarang entah kemana menghilang...
oh haha , kena cari balik tu :)
حذفwowww byk post pasal ct kt blog ni.. and ct mmg best :D
ردحذفsebab saya mmg peminat tegar beliau
حذفWalaupun Sha bukanlah fanatik Dato Siti, tapi Sha respek beliau.. Antara penyanyi yang humble dan masih bertahan sampai sekarang.
ردحذفbetul. nak bertahan dan konsisten bukan perkara mudah
حذفMac 2022.. layan lg konsertni
ردحذفMac 2022.. layan lg konsertni
ردحذف