Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tun Dr. Mahathir menjadi individu lelaki di Malaysia yang paling dikagumi apabila mendapat 15.00% dan berada di kedudukan pertama. Manakala Dato Sri Siti Nurhaliza menjadi individu wanita paling dikagumi di Malaysia apabila mendapat 14.10% dan berada di tempat pertama bagi kategori wanita. Turut tersenarai bagi kategori lelaki adalah Anwar Ibrahim yang berada di kedudukan yang ke 8 dengan markah 5.30% dan juga Perdana Menteri Najib Razak di kedudukan ke 15 dengan markah 2.50%.
Bagi kategori wanita pula , turut tersenarai adalah di tempat kedua , isteri kepada Tun Dr. M, Siti Hasmah Mohamad Ali dan juga Neelofa di kedudukan ke 3. Selain itu, isteri perdana menteri, Rosmah Mansur berada di kedudukan 25 dengan markah 1%. Statistik ini dikeluarkan oleh YouGov iaitu firma penyelidikan di United Kingdom.
Siti Nurhaliza turut menulis dan berkongsi di instagramnya.
Tahniah diucapkan kepada kedua-dua figura terkenal di Malaysia ini. Aku sendiri merupakan salah seorang daripada individu di Malaysia yang mengagumi kedua-duanya. Siapakah yang paling anda kagumi? Adakah mereka tersenarai juga?
Sekian
Oo..tahniah Dato'Sri Siti dan Tun
ردحذفmereka terbaik :)
حذفMy idola too tun m dan wife.
ردحذفsama :)
حذفBudi pekerti baik, selalu jadi ikutan. Tahniah!
ردحذفtahniah kepada mereka :)
حذفdua2 pun idola! Bangga jugak la bila nampak nama diorang dekat dalam carta :D
ردحذفkan... mmg diorang idola semua rakyat malaysia
حذفMenarik statistik tu, kedua-duanya idola zumal
ردحذفbetul 2
حذف