Assalamualaikum dan salam sejahtera
Bulan Ramadhan, selain bulan berpuasa, bulan ini juga terkenal dengan buah kurma. Kebiasaannya pasti akan ada iklan daripada syarikat yang menjual buah kurma akan kedengaran di waktu bulan Ramadhan. Buah ini begitu sinonim dengan bulan Ramadhan kerana mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaannya. Jom kita lihat 10 jenis buah kurma yang paling popular.
Jenis-jenis buah kurma |
1. Kurma Nabi/ Ajwa
Kurma ini berasal dari tanah Madinah (Saudi Arabia) dan inilah kurma kesukaan Nabi Muhammad SAW. Warnanya hitam, tekstur lembut, tidak manis dan citarasanya hampir mirip seperti kismis
Lihat Sini : Faedah Buah Kedondong Yang Perlu Anda Tahu
2. Kurma Sekki
Kurma Sekki ini mempunyai dua warna. Bahagian atasnya berwarna kuning-kuningan dan bahagian bawahnya berwana coklat-kecoklatan. Bahagian berwarna kuning lebih keras sedikit berbanding bahagian coklat yang lebih empuk dan kenyal. Rasanya tidak terlalu manis dan tidak tawar.
3. Kurma Barhi
Kurma barhi yang bertekstur lembut seperti durian ini berwarna coklat merah. Rasa manisnya sedang-sedang sahaja dan ada sedikit rasa caramel.
4. Kurma Kholas
Kurma kholas berwarna coklat terang keemasan dan mirip seperti kurma barhi. Teksturnye empuk dan hanya ada citarasa coffee caramel. Kemanisannya juga di kadar yang sedang.
5. Kurma Khidri
Kurma Khidri berwarna merah merun gelap. Teksturnya lebih kering dan kenyal dan tidak terlalu manis.
6. Kurma Mactoumi
Kurma mactoumi berwarna sedikit kemerahan. Permukaannya agak permukaan agak kerepot dan kenyal tetapi rasanya manis.
7. Kurma Sokari
Kurma sokari berwarna kuning kecoklatan. Tekstur kenyal lembut tetapi ada juga jenis yang keras. Ia yang kelihatan sedikit kering dan manis ini paling disukai di Arab Saudi.
Lihat Sini : 10 Kebaikan dan Kelebihan Buah Naga (Dragon fruit)
8. Kurma Siraj
Kurma siraj berwarna kecoklatan kemerahan yang bentuk lonjong. Tekstur lembut dan rasa manis sedang.
9. Kurma Majol
Kurma majol berwarna coklat. Rasanya sangat manis dan kenyal dan mudah merekah. Ia juga mudah didapatkan dengan harga yang tidak terlalu mahal.
10. Kurma Monief
Kurma monief berwarna coklat terang, ukurannya tidak begitu besar, rasanya manis sedang dan memiliki tekstur yang lembut.
Sepanjang bulan Ramadhan ini, jenis manakah yang anda akan cuba? Semuanya nampak sangat menyelerakan. Berapakah harganya dipasaran sekarang ya?
Lihat Sini : Ketahui Khasiat Pokok Rambutan
Sumber : Selongkar10
Sekian
hmm sedap.. buat jus kurma susu. :)
ردحذفsalam ramadan
https://jajastollymolly.blogspot.com
betul.. salam ramadan jugak :)
حذفBanyak kan jenis kurma yang ada dijual di Malaysia. Ada banyak lagi jenis kurma ni mengikut nama tempat ianya ditanam.
ردحذفmemang banyak..:)
حذفBanyak jenis kurma....lazimnya kalau kurma Nabi/Ajwa dapat makan dari saudara mara yang balik menunaikan haji atau umrah...
ردحذفbetul3
حذفbanyak jenis kurma tapi yang paling orang suka cari kurma nabi lah
ردحذفohh sebab apa ye? sedap eh?
حذفSedapnya buah kurma hihihi tip top ah post ni boleh tambah ilmu dalam kepala
ردحذفterima kasih :)
حذف