4 Kisah Seram di Sekolah

Aerill Hassan
6


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Entri kali ini adalah mengenai kisah seram. Mesti ramai yang gemar dengan kisah-kisah seram kan? Aku sendiri pernah mengalami beberapa situasi seram sepanjang hidup aku. Baiklah , mengenai kisah seram kali ini adalah mengenai 4 kisah seram yang terdapat di sekolah dan juga asrama. Jom sama-sama kita baca dah hayati kisah-kisah ini.


1. Hantu Berus Kepala.


Beberapa tahun yang lalu, aku ditempatkan di sebuah sekolah berasrama penuh di sebuah negeri yang dahulunya kaya dengan biji timah. Aku memang tahu bahawa sekolah itu adalah sekolah lama dan pelbagai kisah seram diceritakan kepada kami oleh senior. Cuma kami tidak pasti adakah itu sekadar bahan gurauan ataupun realiti.


Satu malam yang nyaman, tepat pukul 2 pagi, aku terasa ingin membuang air kecil. Ketika di asrama, kami tidur di atas katil double-decker dan aku dapat katil pada bahagian bawah. Aku kejutkan kawan sekatil aku yang berada di katil atas untuk menemaniku, tapi sedih kerana dia sudah tidur nyenyak tanpa menghiraukanku.

Mahu tidak mahu aku terpaksa menggagahi langkahku untuk ke bilik air. Tandas dan Asrama bagi tingkatan 1 berada di blok berlainan tetapi ia rapat dan tertutup antara satu sama lain. Lampu waktu itu terang benderang di koridor dan di dalam bilik air, jadi, kurang sikit rasa takutku.

Aku memasuki bilik air seperti biasa, bilik air itu sangat besar,memuatkan beberapa shower, banyak tandas,tempat basuh baju dan kolah mandi. Almaklumlah kami semua tingkatan 1 mandi di situ dan kami tinggal di asrama.Tandas berdekatan dengan pintu utama bilik air, jadi,senang untuk ke tandas.

Ketika sedang membuang air kecil,tiba-tiba aku terdengar bunyi orang memberus, seolah-olah memberus baju. Hairan aku, siapa yang rajin membasuh baju waktu itu.Sedangkan semua pelajar dilarang keluar dari dorm pada waktu sebegitu. Fikiranku berkata,mungkin pengawas yang menjaga kami membasuh baju itu.

Selepas aku membuang air kecil, aku terus pulang ke dorm tapi terasa ada benda menarikku untuk ke tempat basuh baju. Aku dengan langkah perlahan ke tempat membasuh baju. Aku mengintai dari dinding. Aku terkejut!!

YA ALLAH!!

Aku ternampak satu lembaga sedang membasuh kepalanya. Bayangkan dia cabut kepalanya dan basuh menggunakan berus aku yang lebih menakutkan ,muka kepala tu menghadap aku. Aku lihat dia menggunakan baldi aku.

YA ALLAH!!

Hanya dia yang tahu apa perasaanku waktu itu.Badanku berpeluh seperti orang baru lepas berlari dan aku terus membaca ayat al-Quran yang aku tahu aku terus lari ke dorm.Dalam perjalanan aku lari,terasa seperti anda benda mengejarku.Aku terus baring ke katilku dan aku tutup mata rapat-rapat tetapi terasa ada benda mengelilingiku.

Tapi Alhamdulillah..aku tersedar pagi esoknya dan semuanya sudah tiada lalu aku terus buang berus dan baldi aku jauh-jauh. Aku takut ia datang lagi..



2. Hantu Jepun di Asrama

Saya ada kisah misteri yang pernah terjadi ketika saya menuntut di sekolah menengah di salah sebuah sekolah di sarawak. waktu itu saya berada ditingkatan 5. Setiap 2 minggu sekali semua pelajar asrama akan balik ke kmpung masing-masing. Saya dengan teman pengawas saya 5 orang tidak balik ke kampung pada hujung minggu waktu itu, ini kerana kami ingin mengulangkaji di sekolah sahaja kerana kami akan menduduki peperiksaan tahun akhir tingkatan 5.

Sedang kami mengulangi pelajaran di dlam bilik kami terdengar bunyi hentakan kasut di luar bilik kami. Saya dan rakan-rakan saya semua berdiam diri. Jadi saya tanya kawan saya yang lain, ada tak mereka dengar bunyi itu. Kawan saya pun berkata mereka juga ada terdengar bunyi yang pelik itu.


Waktu menunjukan pukul 1pg. Salah seorang kawan saya terus mengintai dari celah pintu bilik kami gunakkan untuk mengulangkaji pelajaran lalu dia terus memanggil kami untuk melihat sendiri apa yang dia ternampak. Alangkah terkejutnya bila kami semua ternampak hantu jepun bekawat di depan koridor asrama kami!!!

Kami pernah dengar cerita itu kc tetapi belum pernah melihat atau terserempak dengan mahluk hantu Jepun yang diceritakan. Setelah kami melihat kejadian malam tu kami semua tidak lagi berani untuk bermalam di asrama pada hujung minggu. Ini adalah kisah yang nyata kerana sekolah saya ini dirikan di bekas kawasan tapak peperangan zaman jepun cuba nak memerintah sarawak dulu.

3. Hantu Bilik Stor

Tahun 1996 den telah merantau ke Perlis (MRSM). Masa tu den dapat duduk Blok C. 4 orang dalam satu bilik (katil sorang satu). Kebetulan pulak bilik sebelah den (bilik den 2 dari tepi tandas) ditutup pintu depan belakang (dipaku dengan kayu). Masa tu den tak pikir ape-ape la sebab ingat diorang buat stor letak bebarang. So, bermula la perjalanan den dgn kisah seram di asrama tu. Tapi kali n den cerita satu je dulu.

Pada satu malam sabtu, ramai la yang balik ke rumah. Sebab den dok Selangor nak balik tu jauh sekali la. Jadi mana yang tinggal ni lepak-lepak bilik den (sebab den tokey komik). Masa tu ada plak senior yang buka cerita seram. Den kurang seramnya sebab memang sblum masuk asrama dah biasa jumpo. Jadi lepas tengah malam tu masing-masing takut nak keluar bilik nak balik bilik tido. Adalah dalam 15 orang tido bersempit-sempit dalam bilik den tu.

Lihat Sini : Seram : 4 Rumah Hantu

Pada jam 3 (mungkin lebih sebab tertido pun dalam kul 2.30), den terjaa dari tido sebab macam silau. Rupanya pintu bilik den tu dibuka orang dari luar. Den cuma tengok sape. La, mamat ni rupanya (nama dah lupa). So, den sambung la tido balik. Esoknya den cari la mamat yang bukak pintu bilik den malam tadi. Tapi semua orang yg den tanyo cakap mamat ni dah balik rumah Jumaat petang. Habis sape plak yg bukak pintu dan pandang den malam tu? Semua yg tido dalam bilik den tak sedar yg pintu tu dibuka...

Isnin tu bila mamat tu balik ke asrama saje je den tegur dia. Memang dia balik petang jumaat tu. Start dari tu den mula jumpa benda yg bukan-bukan ni (bukan den ajo..ramai lagi yg kena).

ps: Kata orang, kalau seklai pernah terserempak dgn makhluk-mahkluk halus ni, akan ada repeat..tak tau la den. tapi yg kena kat asrama dulu balik-balik orang yg sama (yg teruk la)..


4. Kisah Hantu Banduan

Masa hari pertama sekolah, kiranya masa form one, malam tu, dalam pukul 2 pagi, aku tersedar. tak tahu pasal apa boleh tersedar, tetiba macam tu..So, bila dah tersedar, aku keluar dari dorm then berjalan ke koridor. Aku pandang bawah, pandang block lain, aku pun tak tahu pasai apa aku jadi berani, keluar dari dorm pukul 2 pagi.


So, lepas jalan jalan, aku masuk balik dorm, dan baring atas katil. Masa tu, semua kawan dah tidur mati, ada bunyi kipas buruk je. Then, selepas aku selimutkan badan, aku terdengar bunyi orang jalan jalan di koridor. Aku bukak mata, tapi takda pape pun, fikirku, mungkin kawan ke tandas kot. Takpe lah, sambung tidur balik.

Then, after few minutes macam tu, aku dengar lagi orang jalan jalan. Kali ni, bukan tapak kaki je yang bunyi, tapi ada sekali dengan bunyi nafas. Seoalah olah, bunyi tu tak jauh dari aku. Bunyi tu makin dekat, dekat dan dekat. Bunyi nafas sekali dengan bunyi gelak gelak halus macam tu. Ohh, time tu, memang tak berani bukak mata la, aku dah fikir bukan bukan dah, hantu kot yang ni, takkan orang.

Tak lama lepas tu, memang sah, bunyi foot step ni dah masuk dalam dorm aku. Kitorang tidur, tak tutup pintu, kitorang bukak. Tutup pun takda makna, sebab tak boleh lock. Pastu Bunyi nafasnya jelas kedengaran. Aku dah tak berani nak bukak mata. Takut kot, takut terpandang lembaga hodoh berambut panjang depan mata.

Lepas tu, katil aku digoyangkan, fikirku, takkan kawan yang tidur atas goyang katil kot..tak mungkin, tak mungkin. Sah lah ni, hantu ni. Mulut aku kumat kamit baca doa dan surah surah yang aku ingat. time tu, bdan aku mula terketar, mata dipejam rapat, selimut digengam erat, takut hantu tu tarik selimut je. Dan aku pastikan kaki aku dilipat dengan lutut ke dada, taknak hantu tu gosok dan tarik kaki aku. Malah nafasnya jelas kedengaran disebelah kaki katil. Fuuhhh.

Lebih kurang 10 minit jugak katil aku dogoyangkan. Lepas tu, hilang. Lega jugaklah, tapi tak lama lepas tu, aku kedengaran seperti orang tarik besi di koridor sebelah tingkap. Takkan senior datang usik macam ni kot. takkan lah. Bunyinya jelas kedengaran, makin lama, makin kuat, then end up, aku terdengar bunyi orang menembak dan jeritan kuat disudahi dengan bunyi macam orang jatuh..

Kejadian malam tu stop sampai situ je, tak lama lepas tu, aku dengar bunyi orang azan dan alarm jam member. Rasa lega tahu.


Keesokannya, bila tanya senior, senior kata, memang kawasan sekolah ni dulu adalah tempat sorang banduan bunuh diri. Dia cakap, kalau aku gi tengok di satu pokok dekat dengan bilik band ( orang kata, bilik ni banyak kisah hantu ), akan ada satu rantai kaki tergantung di puncak atas pokok.

Dan ye, aku tengok memang ada rantai tu. tapi aku masih rau ragu dengan cerita sebenar. Bila aku tanya adik ( adik aku bersekolah di sekolah aku dulu ) pasal ganguan tu, dia kata, member dia pernah kena.

Hmmmm.

Sekian
Tags

إرسال تعليق

6تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!