Assalamualaikum dan salam sejahtera
Saya akan kongsikan pengalaman seram yang pernah berlaku terhadap diri saya sendiri. Peristiwa ini sudah berlaku agak lama dan terjadi di salah sebuah hospital swasta di ibu kota. Masa itu, saya berada di wad hospital selepas melahirkan anak. Disebabkan saya mengalami pendarahan yang agak banyak, bayi saya ditempatkan di wad yang berasingan. Jadi apabila tiba waktu malam saya selalu mengambil peluang untuk keluar berjalan-jalan atau ke wad bayi untuk melihat keadaannya. Dalam pada itu, kadang-kala saya melihat ramai juga ibu-ibu lain yang keluar ke lobi atau ke arah wad bayi pada waktu malam begitu walaupun keadaan ketika itu agak sunyi.
Sehinggalah pada satu hari, seorang ‘sister’ telah menegur saya dan menasihatkan saya agar jangan selalu keluar dari wad apatah lagi pada waktu tengah malam. Saya pun pelik kenapa saya dilarang keluar sebab saya selalu saja nampak ramai orang yang berlegar-legar di luar wad setiap kali saya ke kawasan wad bayi lalu bertanya kenapa kepada ‘sister’ tersebut. Sambil menghela nafas panjang, beliau memberitahu kadang-kala apa yang kita lihat itu, bukan apa sebenarnya seperti yang kita fikirkan.
Lihat Sini : Koleksi Kisah Seram Di Asrama!
Sambil itu dia memberitahu saya bahawa, sebenarnya di tingkat yang saya duduk sekarang ini cuma tinggal beberapa orang pesakit saja dan kebanyakkannya terpaksa menjalani pembedahan dan tidak mungkin mereka akan keluar berjalan-jalan dari wad mereka seperti yang saya katakan. Mendengar penerangan ‘sister’ itu serta-merta peluh dingin saya merembes keluar. Saya rasa seram sejuk. ‘Sister’ tersebut terus bercerita bahawa sebelum ini ada juga perkara-perkara ganjil yang pernah dialami oleh beliau sendiri. Contohnya, ada satu hari itu beliau ingin ke tandas dan meminta salah seorang jururawat di situ mengambil alih untuk memantau tugas beliau sebentar. Tetapi alangkah terkejutnya beliau apabila tiba saja di tandas dia ternampak jururawat tersebut berada betul-betul di hadapan pintu salah sebuah tandas. Beliau terus bertanyakan jururawat itu apa yang dibuatnya di situ. Tetapi dia diam sahaja dan langsung tidak menjawab, dengan matanya yang seakan-akan merah dan merengus terus menuju masuk ke dalam salah sebuah tandas di situ. Tiba-tiba ‘sister’ tersebut seakan terdengar suara seperti orang sedang menghisap sesuatu dari dalam tandas tersebut.
Rasa tidak sedap hati, beliau terus berlari keluar dan sekali lagi beliau terperanjat apabila melihat jururawat tadi berada di kaunter dan sedang berbual dengan seorang jururawat yang lain. Sampai sahaja di kaunter, ‘sister’ tersebut terus memarahi jururawat berkenaan kerana tidak mengikut arahan beliau. Yang anehnya, jururawat itu berkata dia tidak ke mana-mana dan hanya duduk di situ sambil berbual sementara menanti ‘sister’ itu ke tandas sebentar.
Jadi siapakah atau apakah sebenarnya yang ditemui oleh ‘sister’ itu sewaktu di tandas tadi? Oleh kerana itu, beliau menasihatkan saya agar duduk saja di dalam wad dan kalau perlukan apa-apa panggil saja jururawat yang bertugas. Saya terus terdiam seribu bahasa mendengar cerita beliau. Malam itu saya tidak dapat melelapkan mata dan tidur dalam keadaan lampu terpasang sehingga ke pagi. Rasa takut itu datang secara tiba-tiba walaupun sebelum itu saya tidak punya perasaan sebegitu.
Semenjak daripada itu saya tidak lagi keluar pada waktu tengah-tengah malam dari wad saya mahupun pergi ke wad bayi untuk melihat anak saya pada waktu tengah malam hinggalah saya keluar dari hospital beberapa hari kemudian. Teringat pula cerita seorang lagi jururawat yang bertugas, kalau adanya kematian di situ, pintu pagar yang menghala ke bilik mayat akan terbuka dengan sendirinya tepat jam 12.00 tengah malam. Jika pintu pagar itu terbuka, itu menandakan bahawa ada orang yang akan meninggal pada hari itu. Wallahua’lam.
Lihat Sini : Seram : 4 Rumah Hantu
Sumber : Kisah Seram
seriau baca..huhu
ردحذفhaha :) teruskan baca ya
حذفseram. apa yang kita lihat tak semestinya betul.
ردحذفJanji Kita
setuju! :)
حذف