Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kadang-kadang aku ada dengar cerita yang seseorang pernah ditipu oleh beberapa kedai membaiki kenderaan.Tak kisahlah sama ada kereta mahupun motorsikal. Sebenarnya sudah banyak kali kisah ditipu ini didengari. Orang yang ditipu kebanyakannya adalah golongan wanita dan juga orang yang jarang mengambil tahu tentang hal ehwal kenderaan.
Di sini, aku terbaca satu artikel di facbeook mengenai suatu kenyataan yang berguna untuk sesiapa sahaja.Sebenarnya dah lama rasanya artikel ini berlegar-legar di ruangan timeline facebook aku cuma kali ini terdetik untuk berkongsi dengan pembaca semua.
JANGAN TERTIPU dan DITIPU LAGI.
1. Minyak hitam
Minyak hitam yg bukan sintetik tu setiap 5,000 km @ 3 bulan whichever is earlier. Kalau yang sintetik - mungkin 7,500 km atau 10,000 km.
2. Filter
Sama seperti minyak enjin. Minyak mineral biasa - 5,000 km. Minyak Synthetic - 7,500 km hingga 10,000 km. Dalam ertikata lain, bila tukar minyak enjin tu, maka tukar juga la filter minyak tu sekali (oil filter)
3. Spark plug
20,000 km ikut schedule maintenance book Tapi kau boleh pakai sampai 30k-40k takde hal...benda ni bukan critical sangat! Tapi kalau dah lebih 40k tak tukar, dia punya electrode pun dah nipis, elok tukar sahaja. Harga sekitar Rm 20-25 untuk 4 biji.
4. Bateri kereta
18 bulan hingga 2 tahun, terpulang pada cara penggunaan. Kalau kita selalu topup air suling tu, ianya boleh tahan sampai 2 tahun. Kalau selalu lupa topup dan selalu kering. 6 bulan pun bateri boleh kong!
Free maintenance battery lain pulak ceritanya. Tak payah top up air, harga lebih mahal dari bateri biasa. Bila beli bateri, jangan main hentam sahaja, ini kerana di Malaysia banyak barang tipu. Jadi, beli bateri daripada jenama yang boleh dipercayai. BOSCH, CENTURY. Tapi ada juga jenama yang tak terkenal tapi elok.
Bateri yang baik biasanya lebih berat dari bateri yang kurang baik. Bandingkan bateri tersebut dalam kategori yang sama. Kalau NS50 tu anda kena compare dengan NS50 dari jenama yg lagi satu. Kalau kancil tak silap aku pakai NS40 atau NS40L.Begitu la ceritanya.
5. Timing belt
60,000km untuk kereta Proton Wira, Saga. Waja boleh tahan sampai 90,000 km dan Honda CRV tahan sampai 160,000 km. Jadi timing belt ni ikut jenis kereta. Banyak orang tak tahu, depa sampai aje 60,000 km terus tukar tak kira la dia pakai apa kereta pun. Mekanik pun sengeh dan senyum la, buat apa tolak rezeki dari duit orang.
6. Clutch plate
Clutch plate ni ialah perkara subjektif. Biasanya ikut pengalaman, hanya tukar bila ada simptom "clutch slipping" berlaku sewaktu pemanduan kita. Ini perkara yang susah nak terangkan, sebab tu mereka kata bila 100,000 km baru tukar clutch!
7. Fuel Filter
Tukar aje la sekitar 40,000 km sekali. Benda ni pun murah dalam harga Rm 15-20 sahaja.
8. Air Filter
Ditukar setiap 20,000 km. Tapi pada mereka yang tukar kepada K&N type, benda ni tak payah tukar, tapi mampu dibersihkan sudah cukup.
9. ATF (Automatic Transmission Fluid)
Minyak ni memang penting bagi yang pakai AUTO. Dalam manual dia ada sebut setiap 20,000 km tukar. Tapi boleh la extend hingga 30,000 km kepada mereka yang nak jimat. Minyak ni memang penting ditukar. Jangan abaikan (contohnya tak tukar lebih dari 30,000 km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlu perbelanjaan yg besar. Kalau kita rajin tukar, kereta tak perlu Transmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel. Transmission Flush boleh pergi sampai 7-9 litre. Ini membazir untuk kita, tapi bukan pada pihak yang bikin servis. Caj hanya sekitar Rm 200++. Kalau anda selalu tukar ATF, hanya tukar biasa sahaja, yang budget kurang dari RM 100...ikut saiz kereta anda.
10. Gear Oil
Untuk mereka yg pakai manual gearbox. Kereta anda tak perlu pakai ATF, tetapi sebaliknya pakailah Gear Oil. Benda ni boleh la tukar 60,000km sekali.
11. Brake Fluid & Power Steering Fluid
Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.
12. Radiator Coolant
Sebotol berharga RM 15-20 dan selalunya warna hijau. 60,000 km boleh la tukar sekali. Kalau air radiator korang warna clear sahaja. Maknanya air paip biasa yang digunakan itu. Pakai coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih.
13. Air-Cond Belt / Alternator Belt
Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt. Kalau kita terlupa tukar sewaktu servis sebelum-sebelum ni. Belt Air-Con & juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak. Kalau bahagian "ribs"nya dah ada "crack-crack" yang halus...maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini. Akhir sekali, ingin admin ingatkan maintenance schedule yang ikut "km" atau masa "3 bulan" "6 bulan" & seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan @ dalam English nya lebih dikenali sebagai "Preventive Maintenance"
14. Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar. Preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal dimasa akan datang! Tapi dalam dunia ni, mana ada yang perfect! Preventive Maintenance Schedule ni kalau kita ikut tanpa mengetahui sedikit sebanyak tentang fungsi atau sebab mengapa setiap alat ganti tu perlu ditukar. Ianya boleh juga menjadi suatu pembaziran!
15. Contohnya, kalau kita buta-buta ikut apa yg di syorkan oleh pembuat alat ganti. Contohnya "shock absorber" perlu diganti setiap 20,000 km, tentu kita tidak mampu mengikutnya! Jadi anda perlu ada asas ilmu seperti yang diterang kan di atas.
16. Minyak hitam mineral untuk 5,000 km / 3 bulan, minyak semi-sintetik utk 10,000 km / 6 bulan, minyak fully sintetik utk 15-20,000 km / 1 tahun. Kalau boleh hati-hati beli minyak hitam di kedai spare sebab banyak minyak cap ayam yang disediakan khas untuk tipu orang. Botol mungkin ada cap Castrol, Shell, Petronas, Eneos & lain-lain. Tetapi dalam tu sebenarnya adalah minyak murah made in China. Dalam satu hari ada beribu-ribu botol minyak hitam kosong wujud di bengkel-bengkel tertentu. Bos mereka ini sentiasa mengarahkan pekerja untuk mengambil botol-botol kosong ini dan refil serta bubuh seal baru supaya dapat mengaut keuntungan dari duit orang. Elok beli minyak di stesen minyak - confirmed genuine. Unless kalau betul-betul yakin dengan kedai spare part yang kita beli tu.
17. Minyak gear manual ditukar setiap 40,000 km untuk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000 km untuk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat. Paling bagus untuk kereta lama - bubuh gearbox treatment. Minyak gear ATF - ditukar setiap 20,000 km. Sama macam di atas.
18. Flush? kalau dalam buku takde kata - maka tidak perlu. Air filter pun sama - 20,000 km. Coolant - tukar tiap-tiap 20,000 km. Nak tukar tiap-tiap 50,000 km pun boleh dengan syarat guna air suling @ RO water. Timing belt - ditukar setiap 80,000 km. Tapi pernah terjadi stretch sampai 110,000 km(Wira 1.6) tanpa masalah sebab menggunakan timing original Mitsubishi & ia selalu inspect timing belt keretanya. Merekah takda, gigi still elok - tak perlu tukar. Aircond belt, alternator belt, power steering belt - tukar semasa tukar timing belt @ apabila nampak crack.
19. Water pump
Ditukar apabila menukar timing belt untuk kali ke-2. Let's say kita tukar timing belt setiap 80,000 km, maka apabila kita menukar timing belt untuk kali kedua pada 160,000 km, elok tukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba. Nak tukar water pump kena bukak timing belt. So kalau buat sekali, tiada extra labor charge.
20. Spark plug
Every 20,000 km @ selagi plastik kat tengah tu masih putih & tiada kesan terbakar. So kena check spark plug. Kalau spark plug berminyak - engine dah agak uzur & kena overhaul sebab piston ring dah haus. Asap biru kat ekzos jugak adalah tanda piston ring haus - minyak hitam terbakar. BTW, ini bukan service biasa. Dah kira major work jugak. Head gasket - tukar apabila minyak leaking kat area tu @ sekiranya berlaku coolant loss akibat dari blown head gasket. Buat grind valve sekali. Orang panggil nie top-overhaul.
21. Biasanya top overhaul tidak diperlukan kepada kereta bawah 7 tahun atau 200,000 km. Tapi ada gak yang 80,000 km kurang 5 tahun dah kena top overhaul sebab suka lenjan engine. Dok main red line manjang. Ini pun major work la jugak skit.
22. Brake pad
Tukar bila haus @ bila rasa brake kurang mengigit. Biasanya kereta 3-4 tahun sekali. Minyak brake pun sama. Anyway brake belakang tahan lebih lama dari brake depan biasanya double. Bercakap tentang timing belt (juga dipanggil cam belt kerana ia memacu camshaft), ianya berbeza antara satu pengeluar ke pengeluar yang lain.
23. Pada asalnya, enjin pembakaran dalam menggunakan camshaft yang di letak di dalam blok enjin. Secara standardnya pertukaran timing belt pada setiap 100,000 km ikut ketetapan pengeluar Jepun tetapi Jepun adalah negara bercuaca sederhana sejuk manakala cuaca di Malaysia lebih panas dan mampu mempercepatkan proses wear & tear timing belt yang dibuat dari adunan getah, plastik & fibre glass. Maka itu, adalah dinasihatkan pertukarannya dibuat lebih awal iaitu antara 90,000 km. Bagi alat ganti timing belt berkualiti rendah, kita perlu menukar lebih awal, maybe 60,000 km. Admin tak begitu pasti tentang ini.
24. Sesetengah pengeluar seperti Alfa Romeo mencadangkan pertukaran timing belt pada jarak hanya 30,000 km bagi semua enjin straight 4 twin spark & juga enjin V6 bagi model sebelum tahun 1999. Pada tahun 1996 dahulu, ada juga pemilik yang kerek & cakap timing belt boleh tahan sampai 100,000 km. Tak perlu tukar pada 30,000 km. Then, keta dia kena tarik masuk sebab timing belt putus & enjin kena overhaul. Bacaan odometer ketika itu = 35,000 km. Maka moralnya adalah kita perlu patuhi spesifikasi service & penyelenggaraan pengeluar. Banyak kenderaan zaman sekarang telah menggunakan timing chain sebagai ganti kepada timing belt. Ini termasuk Nissan, Honda & Toyota. Toyota misalannya menggunakan timing chain bagi semua kenderaan penumpangnya.
25. Model seperti CRV pada mulanya menggunakan timing belt, tetapi untuk CRV baru generasi kedua, Honda juga kembali memperkenalkan timing chain melalui enjin i-VTEC. Ianya tidak memerlukan pertukaran biarpun sudah mencecah 500,00 km lantas menjimatkan kos dan menjaga alam sekitar. Sekiranya mekanisme rantai mengeluarkan bunyi, hanya perlu tukar tensioner bearing dan segalanya pulih seperti sedia kala.
Kredit: @Damia Kamal
Sekian
selalu jugak dengar orang kena tipu huhu
ردحذفkena berjaga-jaga selepas ni ya :)
حذفBanyak yang perlu amik tau.
ردحذفbetul..
حذفPernah kena tipu beli bateri, padahal baru pakai 6 bulan. Ingatkan bateri kong, mechanic datang kata tukar lain..padahal sensor yang rosak. Melayang RM250..
ردحذفmelayang mcm tu je duit..
حذف