Tonton Berita Bagaikan Tonton Drama !

Aerill Hassan
4


Assalamualaikum dan salam sejahtera



Pasca Pilihanraya Umum 2018 yang menyaksikan bertukarnya kerajaan yang mentadbir negara melihatkan beberapa siri berita yang mengejutkan. Hampir tiap hari pasti akan ada berita yang membuatkan aku sendiri tak jangka yang berita itu wujud dan bukannya sekadar dongengan. Contohnya kisah barang-barang yang dirampas oleh pihak berkuasa di kediaman bekas pemimpin Malaysia.


Di laman sosial juga begitu banyak berita yang berkisar tentang situasi negara sekarang ini. Rasanya aku selalu melihat keadaan konflik sebegini hanya di dalam drama luar negara sahaja. Yang mana ada pemimpin syarikat yang menyeleweng dan beberapa orang lain dihalang untuk melawan penjahat itu. Rupanya ianya betul-betul terjadi dalam realiti sebenar.



Untuk mencari berita yang aku rasa betul-betul pantas dan mantap adalah semestinya daripada Astro Awani. Bukannya laman berita lain tidak pantas atau tidak tepat tetapi sejak selepas PRU yang lalu, aku lihat Astro Awani sentiasa memberikan berita terkini dengan ramai wartawan mereka yang melakukan kerja dengan begitu bagus.

Kalau dilihat pada akaun twitter mereka, pasti akan ada tweet mengenai apa yang terjadi dan berlaku dalam jam yang sama. Maksudnya mereka memberikan berita yang pantas dan sangat adil. Selain itu, di siaran Astro 501 Awani juga pasti akana da wawancara yang begitu berilmiah dan membincangkan tentang masa depan negara. Banyak topik-topik menarik yang dibincangkan.



Aku rasa dalam beberapa minggu ini ramai yang pasti ternanti-nanti apa yang akan terjadi dalam kancah poliitk negara. Menteri-menteri yang baru dilantik juga telah berjanji untuk melunaskan apa yang telah dijanjikan, jadi sama-sama lah kita lihat apa yang akan berlaku dalam jagka masa 100 hari ini.

Selepas ini, tidak perlu lagi untuk aku lihat drama apabila ianya boleh dilihat di dalam berita. Begitu banyak drama untuk dilihat.  :)

Sekian.

Sumber : AstroAwani ,

Tags

إرسال تعليق

4تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. betul. sekarang kalau duduk rumah, memang akan buka awani dulu. secara automatik, sebab nak tahu tentang politik dan aku rasa seluruh rakyat malaysia juga tumpu pada awani. keep it up awani. semoga media lebih telus selepas ini. rakyat akan menilai.

    | blog aimanabdullah |

    ردحذف
  2. Harap dalam masa 100 hari tu banyak perkara positif berlaku. Susah nak pilih pemimpin yang betul2 memimpin untuk rakyat ni..

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!