Tutorial Pasang Iklan Adsense Matched Content Pada Blog

Aerill Hassan
12


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Entri kali ini adalah mengenai cara-cara untuk anda pasang atau letakkan iklan Adsense jenis Matched Content pada blog anda. Sebenarnya, aku mencari juga tutorial atau cara-cara pasang iklan jenis ini di laman google tetapi yang aku jumpa hanyalah yang berbahasa Inggeris dan juga bahasa Indonesia. Jadi, aku fikir lebih baik aku buat satu entri khas tentang ini dan bolehlah aku lihatkembali entri pada masa akan datang.

1. Apa itu Matched Content ?

Matched Content ini adalah salah satu daripada beberapa jenis iklan yang ditawarkan oleh pihak Adsense. Matched Content adalah serupa dengan Related Post. Dengan menggunakan jenis Matched Content, lebih banyak pembaca akan hadir ke blog apabila ianya mempromosikan entri-entri kita yang terdahulu.

Dengan menawarkan kepada pembaca beberapa entri yang sesuai kepada mereka, ianya akan meningkatkan  pageview, masa yang diluangkan pada blog kita dan sebagainya.

Mengikut kaji selidik yang dilakukan oleh pihak Adsense, statistik menunjukkan sebanyak 9% pageview akan meningkat setelah menggunakan Matched Content manakala bagi masa yang diluangkan pada blog pula meningkat sebanyak 10%. 

2. Siapa yang ditawarkan Matched Content ini?


Matched Content ini disediakan kepada publisher atau penulis blog yang terpilih sahaja. Untuk menggunakan Matched Content, anda mestilah memenumi keperluan minimum yang diperlukan iaitu dari segi jumlah trafik dan juga bilangan unique pages

3. Cara check anda layak atau tidak

  • Masuk ke akaun Adsense anda.
  • Pilih bahagian Settings.
  • Pilih bahagian My Sites
  • Jika anda sudah layak, pada bahagian ini akan kelihatan bahagian Matched Content. Jika tiada , bermakna anda masih belum layak.
4. Cara Pasang Iklan Adsense Matched Content

Ada beberapa pilihan untuk meletakkan iklan ini iaitu sama ada di bahagian sidebar atau di bahagian bawah entri. Untuk blog aku , aku memilih untuk letakkan di bahagian bawah entri berhampiran dengan widget Related Post. Untuk anda yang nak letakkan pada bahagian sidebar hanya perlu copy kod tersebut dan letak di siderbar seperti widget-widget lain.


Bahagian A [ dapatkan kod matched content di akaun Adsense ]
  • Masuk ke akaun Adsense anda.
  • Lihat pada bahagian My Ads
  • Pilih bahagian + New Ad Unit
  • Pilih bahagian Matched Content
  • Di bahagian ini , anda boleh pilih nama bagi iklan tersebut. Anda juga boleh pilih Ad Options , Style dan juga Size.
  • Setelah selesai, pilih SAVE AND GET CODE
  • Copy kod tersebut di tempat lain terlebih dahulu.
  • Selesai bahagian A.
Bahagian B [ letak kod iklan di dalam blog ]
  • PARSE kod yang telah di copy di bahagian A di sini. PARSE HTML
<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'>
ISI BAHAGIAN INI DENGAN KOD IKLAN MATCHED CONTENT YANG SUDAH DI PARSE
</b:if>
  • Buka Blogger > Themes > Edit HTML
  • Cari kod <data:post.body/> di bahagian Kod tersebut. Kebiasaannya ada tiga atau empat kod tersebut. 
  • Paste kan kod yang di atas ke bawah kod <data:post.body/> yang telah dipilih.
  • Simpan atau Save template untuk melihat hasilnya.
  • Jika sudah okay , boleh save.


5. Tips Mencari Kod <data:post.body/>

Sebelum ini , aku sudah mengikut satu tutorial meletakkan iklan Adsense in-article di dalam blog. Fungsinya untuk memaparkan iklan di dalam atau di tengah entri. Untuk tutorial tersebut, ianya menggunakan cara menggantikan kod <data:post.body/> dengan kod iklan yang telah diubah suai. Jadi untuk meletakkan iklan Matched Content, aku hanya perlu cari kod yang terdahulu dan letakkan di bahagian bawahnya sahaja.


Seperti contoh dalam gambar, bahagian yang mempunyai kod <data:post.body/> adalah kod bagi iklan Adsense in-article manakala kod di bawahnya adalah kod iklan Adsense Matched Content.

Sekian sahaja tutorial kali ini. Di harap anda dapat memahami dengan lebh jelas. In shaa Allah , jika anda ada sebarang pertanyaan bolehlah ajukan soalan anda di bahagian komen di bawah. Terima kasih.

Sekian

Sumber : Adsense | TukangListrik


إرسال تعليق

12تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. kc dah pasang dah matched content ni hehe. btw, good explaination aeril :D

    Ada tag aeril kat sini http://www.sayidahnapisah.com/2018/06/comeback-giveaway-by-byzura-halifah.html

    ردحذف
  2. Simpan dulu.. nanti bila dah layak boleh buat terus :)

    ردحذف
  3. terima kasih kongsi. setakat ni masih lagi meminimumkan iklan di blog. mungkin sebulan 2 kali boleh pasang matched content ni. terima kasih kongsi

    | blog aimanabdullah |

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!