Hari Raya Pertama 2018

Aerill Hassan
4


Assalamualaikum dan salam sejahtera



Entri kali ini aku nak bercerita tentang kisah raya pertama.  Alhamdulillah , raya kali ini disambut meriah dalam suasana sederhana. Sehari sebelum raya , satu keluarga aku tersangatlah penat kerana sibuk mengemas dan mengecat rumah. 

Keluarga aku tidak lagi mengamalkan konsep balik kampung seperti mana mereka yang lain. Ianya adalah kerana kedudukan kampung dan rumah sendiri yang dekat sahaja. Sejak pindah ke Kulim , aku sudah tidak merasai suasana balik kampung.  Sebelum ini aku tinggal di Beruas, Perak dan juga Kuala Kangsar, Perak.

Pada hari raya pertama , setelah solat sunat Aidilfitri di masjid yang terletak di dalam taman perumahan, kami sekeluarga akan ke kampung yang terletak hanya 15 minit sahaja dari rumah. Kampung ini adalah di sebelah mak, manakala setelah zohor barulah kami bertolak ke kampung di sebelah ayah.

Kampung di sebelah ayah terletak di Kedah juga , tetapi dibahagian utara Kedah. Disebabkan sudah tiada tok dan tokwan di sebelah bapa, jadi kami hanya sekadar melawat adik beradik ayah aku sahaja. Memang begitulah rutin raya setiap tahun. Di sebelah mak , aku masih mempunyai tokwan.


Aktiviti menziarahi adik beradik, sepupu dan kenalan ayah selesai sehingga lewat malam. Pada hari itu juga kami pulang ke rumah yang terletak di Kulim. Semuanya diselesaikan dalam masa sehari. Sempat lagi kami singgah ke McDonald untuk membeli makanan lewat tengah malam.

Hari raya pertama yang penuh dengan aktiviti. Hanya memakai satu sahaja pakaian dari pagi sehingga lewat malam, cuba bayangkan bagaimana rupa di penghujung hari? Alhamdulillah , kadang-kadang aktiviti ziarah di sebelah bapa dilakukan pada hari raya kedua , tetapi di hari raya kedua ayah aku kerja. Selain itu, ada majlis yang agak besar akan dijalankan dalam jangka masa 4 hari ini.

Sekian.

Tags

إرسال تعليق

4تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!