Assalamualaikum dan salam sejahtera
Dah lama rasanya tidak berpantun. Kali terakhir mungkin pada zaman sekolah. Selepas itu, terus ditinggalkan atau sekadar lihat sebegitu sahaja. Mungkin sebab kononnya pantun tiada gunanya selepas zaman bersekolah. Sebenarnya banyak fungsi pantun. Contohnya untuk menunjukkan perasaan kita. Untuk entri kali ini , aku nak berkongsi koleksi pantun untuk cinta jarak jauh.
Air arak diharamkan,
kerananya banyak nyawa melayang.
Meskipun jarak memisahkan,
semua itu bukan penghalang.
Kalau ikan di dalam kolam,
bunga tumbuh di tengah taman.
Kalau cinta sudah dalam,
jarak jauh terasa nyaman.
Langit biru terlihat sendu,
warna hijau biru dan semu.
Jarak jauh tumbuhkan rindu,
ingin selalu dekat denganmu.
Burung melayang burung nuri,
hingga sebentar di pohon kenari.
Kasih sayangku amat murni,
seperti embun di pagi hari.
berlabuh orang menunggu,
hendak berlayar ke Siantar.
Kalau jauh terasa rindu,
jika berjumpa terasa sebentar.
Ambil bambu buat sembilu,
terbang debu dari cerutu.
Namamu kusebut selalu,
dalam doa setiap waktu.
Belajar lukis dengan pensil,
mengapa kertas tidak rata.
Semoga engkau berhasil,
meraih segala cita-cita.
Bunga kenangan di selasar,
hadiah dari Raja Tuban.
Kasih semakin sayang besar,
melihat engkau banyak berkorban.
Patah dahan disambungkan,
hendak hati disatukan.
Kepada Tuhan kita mohonkan,
agar cepat dipertemukan.
Sekian.
Sumber : Pantun Cinta
Sekian.
Adakah anda sedang bercinta secara jarak jauh? Mungkin pantun-pantun ini mempunyai kaitan degan anda. Nantikan koleksi pantun lain pula di entri akan datang.
Sumber : Pantun Cinta
wah nice! boleh guna ni
ردحذفjemput guna ya :)
حذفAmbik jambu guna kayu pjolok
ردحذفKita semua berjumpa di blog
Hahahaa pantun 2 kerat je 😂😂
wahh sedap pantun tu :P
حذفsuka sangat rangkap ni
ردحذفBunga kenangan di selasar,
hadiah dari Raja Tuban.
Kasih semakin sayang besar,
melihat engkau banyak berkorban.
sama juga :)
حذفjauh bebeno cinta hati ni.. hehe
ردحذفhehe :)
حذفTerima kasih sebab selalu singgah di blog ejulz yg x seberapa ni :)
ردحذف1. Senarai Pengomen Tegar JUN 2018