Assalamualaikum dan salam sejahtera
Untuk menulis entri blog atau sebarang kerja menggunakan komputer riba, aku pastinya perlukan satu mouse atau tetikus. Mouse yang sekarang aku sedang gunakan sudah berusia hampir 3 tahun dan sekarang sudah menunjukkan tanda penuaannya apabila sensornya sudah tidak berfungsi secara elok.
Untuk mouse yang terbaru, aku bercadang nak beli jenis wireless. Pertama kali nak cuba jenis itu. Ada beberapa jenis sudah dilihat dan dicari di laman web Lazada. Nak beli di kedai? Rasanya susah nak cari yang betul-betul ikut selera aku. In shaa Allah nanti aku beli menggunakan duit raya. Itupun kalau masih dapat duit raya.
Jenis yang aku nak, pertama mestilah harga murah. Jadi aku letak bajet sebanyak RM30 kebawah sahaja. Kemudian , mesti mempunyai review baik di Lazada. Yang terakhir warna yang menarik dan sesuai dengan warna komputer riba aku , barulah sepadan.
Sekian
Zumal beli mouse di Mr. DIY je...
ردحذفdkt rumah saya jauh dgn diy yg terdekat.. :(
حذفMai suka jenis wireless juga.. tapi kadang2 hilang termasuk dalam selimut, haha
ردحذفhaha.. ni saya baru first time nak try wireless..
حذفEhh tahh mana lerr mouse aku, lama tak guna, kot2 dimkn kucing 🤗🤗🤗
ردحذفSgt senang guna yg wireless tu, takda tali ganggu sangkut2
hahaha guna mouse yg betul2 haiwan ke? haha
حذفmouse jenis wireless ni senang tp yg tak best bateri cepat habis last2 pakai yg jenis biasa balik.
ردحذفoh ye ke? ke kena pakai bateri yg long lasting?
حذفbeli dekat DIY je elok tahan lasak murah pulak tu
ردحذفtu la.. DIY la pulak jauh dgn rumah..
حذف