Sejarah Yang Dipadam : Mengapa Portugis Tidak Berani Menyerang Negeri-Negeri Utara

Aerill Hassan
10


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Bacalah artikel ini tatkala ramai anak muda yang tidak mengetahui SEJARAH. Kekuatan bangsa bergantung kepada pengaplikasian Strategi Pembinaan Bangsa berdasarkan analisa terhadap sejarah lampau.

1508 : Alfonso de al Buqurque menyampaikan hasratnya kepada Raja Portugis untuk meluaskan pengaruhnya ke Asia Tenggara (Melaka pusat perdagangan terpenting di Asia Tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan Timur Barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan 158 buah kapal bersama 15 300 (anggaran) orang bala tentera.

1509 : Portugis menghantar perisik ke Melaka untuk mengetahui keadaan  kekuatan pertahanan disana.



1511 : Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, dan Hang Lekiu.) Ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso untuk menawak Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15 000 askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 bersaudara. Tetapi setelah bersusah payah dapat juga Alfonso menawan Melaka setelah hampir kecewa dan putus asa.

1512 : Setahun kemudian, Alfonso ingin meluaskan penguasaannya ke Perlis, Kedah dan Pulau Pinang, yang ketiak itu adalah pusat pengeluaran tebu untuk dijadikan gula di rantau ini.



1513 : Alfonso menghantar pasukan perisik ke Perlis, Kedah dan Pulau Pinang untuk mengetahui kekuatan tentera di sana. Mengikut sejarah, perisiknya menggunakan taktik minum di kedai kopi di kawasan sekitar untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan.



Seminggu selepas itu ...

Perisik pulang ke Melaka untuk menceritakan hasil risikan kepada Alfonso.

Dibawah adalah perbualan di antara perisik dengan Alfonso yang selama ini cuba disembunyikan daripada Sejarah Malaysia.

Alfonso : Selamat pagi. Apa cer?

Perisik 1 : Beginilah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang tuan.

Alfonso : Kenapa? Kuat sangatkah mereka itu? (Dengan nada yang marah dan bongkak)



Perisik 2 : Untuk menawan Melaka yang mempunyai 5 Hang bersaudara pahlawan terhandal pun kita kehilangan hampir 15 000 bala tentera, inikan pula kita nak melawan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang yang mempunyai beribu-ribu hang , tuan.

Perisik 1 : Betul tu tuan! Kalau tuan nak tau banyak benar hang antaranya hang sihat, hang buat apa, hang loqlaq, hang apa khabar, hang lagu mana, hang pi mana, hang nak pi mana, hang tau dak, mak hang,  adik hang, tok hang, macam-macam hang lagi yang ada di sana yang saya dengar tuan!

Mendengar hasil risikan itu Alfonso de al Burquque pun tidak jadi nak menyerang disebabkan pengalamannnya sebelum ini menentang 5 pahlawan melayu Melaka amat ngeri , inikan pula nak berhadapan dengan beribu-ribu hang di situ.

Sekian.

Sumber : Facebook Jasson Season 2
Tags

إرسال تعليق

10تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!