Review Maggi Pedas Giler Perisa Ayam Bakar

Aerill Hassan
6


Assalamualaikum dan salam sejahtera



Ini merupakan kali kedua aku makan maggi pedas giler. Sebelum ini adalah pada bulan April rasanya, dan kali ini merupakan kali kedua dan kali pertama makan bersama keluarga. Sebenarnya agak susah nak cari maggi pedas giler di kawasan rumah. Alhamdulillah ,nasib baik jumpa juga di Kulim Central.


Perisa yang aku pilih adalah Ayam Bakar.  Untuk pengetahuan semua , ianya adalah mi goreng, bermakna tiada kuah ya! Sebab ada yang tanya kenapa tak ada kuah. Selama ni memang makan maggi goreng ada kuah? Hahaha.




Cara penyediaan yang sangat mudah. Sama seperti maggi atau mi segera yang lain. Hanya masukkan air panas dan rendam selama lebih kurang 3 minit sahaja. Kemudian buang airnya, masukkan perencah yang disediakan. Gaul sehingga semuanya rata. Makan.


Suapan pertama adalah kepada mak aku. Itulah suapan pertama dan terakhir kepada beliau kerana ianya pedas giler! Mak aku tak berupaya nak masukkan suapan kedua kerana terlampau pedas. Seterusnya, aku dan adik beradik yang lain saling berganti suapan. Sangat pedas sehinggakan aku perlu mencari bergelen-gelen air untuk diminum , meskipun aku tahu minum air banyak tak akan hilangkan pedas itu. Cara yang mudah adalah dengan mencari sesuatu yang manis. Alhamdulillah hilang pedasnya,

Kesimpulannya, maggi pedas giler ini sememangnya boleh dikategorikan sebagai PEDAS GILER. 


Sekian

إرسال تعليق

6تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!