Top 5 Kuih Raya Pilihan

Aerill Hassan
8


Assalamualaikum dan salam sejahtera



Siapa yang tak suka pada kuih raya? Mesti tiada kan? Setiap orang pastinya mempunyai senarai kuih raya yang digemari. Raya tak akan menjadi seperti hari raya sekiranya tiada kuih tersebut. Apakah kuih raya yang wajib ada pada hari raya pilihan anda? Ini adalah pilihan aku untuk 5 kuih raya paling aku suka.

5. Kuih Cornflakes Madu

Sumber Gambar : Siraplimau

Di tangga kelima, aku suka kuih Cornflakes Madu. Yang jenis madu je tau! Antara kuih yang wajib ada dekat rumah. Buat sendiri? Semestinya tidak , hanya beli di kedai kuih raya sahaja. Kadang-kadang buat tempahan dekat jiran.

4. Kuih Siput

Sumber Gambar : iResipi

Salah satu kuih yang paling selalu dibuat dirumah. Kadang-kadang dalam tahun tu hanya kuih ini sahaja yang dibuat sendiri di rumah , manakala kuih lain hanya melalui proses tunjuk-menunjuk di kedai. Sedap bila makan kuih ini sambil menonton rancangan raya atau sambil bersembang sesama manusia.

3. Kuih Tart Nenas

Sumber Gambar : kakiblogpost

Di tangga ketiga adalah kuih Tart Nenas. Sekarang dah ada macam-macam jenis rupa bentuk kuih ini. Biasalah , manusia semakin kreatif setiap tahun. Antara yang wajib juga ketika raya.  Dua tahun belakangan ini , aku suka tempah dekat seorang akak yang rapat dengan aku semasa di UiTM, sebab kuih yang dibuat oleh maknya sangat sedap. Intinya besar dan bila makan  , muncul macam-macam perasaan. Tahun ini , sekadar beli di kedai sahaja.

2. Almond London

Sumber Gambar : Wanista

Semakin hampir ke juara carta, ditempat kedua adalah kuih Almond London. Salah satu kuih yang sangat wajib ada di rumah ketika raya. Kadang-kadang boleh habis sebalang aku makan. Cuma sejak beberapa tahun ini , ada sedikit kekurangan bila mana isinya iaitu kacang almondnya semakin kecil. Mungkin kena beli yang harga mahal atau buat sendiri?

1. Kuih Semperit

Sumber Gambar : pepatung.my

Ditempat pertama, sudah tentunya kuih Semperit. Aku merupakan hantu semperit. Alhamdulillah , aku mempunyai mak saudara yang sangat baik kerana sering memberikan aku sebalang kuih penuh dengan semperit. Masa kecil-kecil dahulu, nenek aku selalu bagi aku makan sehari sebelum hari raya. Kadang-kadang sampai habis balang di rumah orang aku kerjakan. Di tempat aku, kuih ini dipanggil kuih semperit sahaja, tetapi ada juga yang memanggil kuih dahlia. Yang penting , aku suka kuih ini.

................................................


Bagaimana dengan anda? Kuih apakah yang menjadi kegemaran anda? Di atas adalah 5 kuih paling aku gemari dan wajib ada pada hari raya. Jika tiada, hari raya aku tidak menjadi hari raya yang sebenar.

Sekian.



Tags

إرسال تعليق

8تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!