Assalamualaikum dan salam sejahtera
Bercerita mengenai lagu raya , sudah pastinya penyanyi Dato Sri Siti Nurhaliza merupakan salah seorang penyanyi yang pastinya lagu raya nyanyian beliau akan kedengaran. Bukan sebuah lagu ya pembaca semua , tetapi lebih daripada 5 lagu telah dirakamkan. Ada tak artis lain yang boleh lawan beliau dari segi jumlah lagu raya?
Kenapa lagu raya nyanyian beliau menarik dan berjaya menjadi nyanyian ramai rakyat jelata?
1. Sesuci Lebaran
Lagu pertama yang dirakamkan. Lagu ini dimuatkan lebih awal dalam Seleksi Hari Raya, sebuah album kompilasi Aidilfitri oleh Suria Records. Kemudian pada tahun 2003, dimasukkan ke dalam Album Aidilfitri beliau iaitu album Anugerah Aidilfitri.
Bagi aku, lagu ini boleh dikatakan setaraf dengan lagu Cindai. Ya! Sebab lagu ini sangat ikonik dan begitu unik. Kalau dengar pada liriknya penuh dengan syukur pada Tuhan dan juga mengenai hari lebaran.
2. Nazam Lebaran
Lagu ini juga dirakamkan lebih awal sebelum dimuatkan dalam album Anugerah Aidilfitri. Lagu ini dimuatkan lebih awal dalam Salam Aidilfitri, sebuah album kompilasi Aidilfitri oleh Suria Records. Kemudian dimasukkan bersama-sama lagu lain ke dalam album Anugerah Aidilfitri.
Lagu ini pula bagi aku sangat sinonim dengan hari raya. Selain lagi Sesuci Lebaran , lagu ini juga menjadi pilihan ramai. Sekali lagi lagu ini mempunyai lirik memuji Tuhan dan juga mengenai sambutan hari lebaran.
3. Anugerah Aidilfitri
Lagu yang dirakamkan pada tahun 2003 dan dimuatkan terus ke dalam album Anugerah Aidilfitri. Tajuk album juga diambil daripada lagu ini. Lagu ini juga mempunyai keunikannya tersendiri. Lirik seperti biasa, menceritakan tentang kesucian dan meriahan pada hari raya. Selain itu, lagu ini juga menceritakan tentang syukur , danpuji memuji kepada Tuhan.
4. Mekar Hari Raya
Lagu ini merupakan lagu yang agak kurang popular bebanding lagu-lagu di atas. Pertamanya adlah kerana rentak lagu ini yang kedengaran berbeza daripada lagu-lagu raya yang lain. Walaupun begitu, lagu ini masih mendapat tempat pada pendengar dan orang ramai apabila lagu ini turut disiarkan di radio dan juga kedai-kedai.
5. Meriah Suasana Hari Raya
Lagu ini merupakan antara lagu yang sering kali dimainkan ketika raya. Mengenai kemeriahan suasana hari raya di kampung. Kalau anda dengar dan hayati pasti anda akan terbayang kemeriahan hari raya di kampung halaman.
6. Bila Hari Raya Menjelma
Lagu ini telah dirakamkan lebih awal sebelum dimuatkan ke dalam album Anugerah Aidilfitri. Lagu ini imuatkan lebih awal pada 2001 dalam Salam Aidilfitri, sebuah album kompilasi Aidilfitri oleh Suria Records. Antara lagu yang aku suka secara peribadi. Liriknya begitu puitis. Liriknya masih lagi bersifat tentang hari raya dan menceritakan tentang kemeriahan pada hari raya. Antara lagu yang wajib aku dengar setiap tahun.
7. Air Mata Syawal
Lagu ini imuatkan lebih awal pada tahun 2002 untuk Fiesta Aidilfitri, sebuah album kompilasi Aidilfitri oleh Suria Records. Merupakan satu-satunya lagu yang bersifat sedih pada hari raya yang dirakamkan oleh beliau. Liriknya mengenai seseorang yang tidak dapat beraya bersama keluara dan orang tercinta.
Sememangnya lagu ini merupakan lagu yang sedih. Dengan nyanyian dan liriknya yang begitu membuatkan lagu ini menjadi sangat bertepatan dengan mereka yang tidak dapat beraya.
8. Hari Kemenangan
Lagu ini merupakan lagu terbaru yang dinyanyikan oleh beliau. Lagu raya yang dirakamkan pada tahun 2016. Lagu ini mempunyai satu sisi yang berbeza berbanding lagu-lagu raya sebelum ini. Lagu ini lebih kepada memuji dan bersyukur kepada Tuhan dan kurang mengenai kemeriahan hari raya.
Bagaimana dengan anda? Ada tak salah satu daripada lagu-lagu diatas menjadi minat anda? In shaa Allah nanti aku akan ulas tentang lagu raya nyanyian penyanyi lain pula.
Sekian
Zumal paling suka lagu sesuci lebaran...
ردحذفsaya pun sama.. lagu raya yg evergreen
حذفPaling suka lagu Anugerah Aidilfiri. Selain tema lagu ini yang mengajak memuji Tuhan dan persaudaraan, empat rangkap awal lagu ini menceritakan keadaan beberapa negara Islam yang kurang bernasib baik dan sedang bergolak pada waktu itu(Iraq,Afghanistan dan Palestin). Rentak lagu ini juga senang dan sedap ditangkap kat telinga.
ردحذفsetuju juga :)
حذفSaya tersilap tulis pada komen kat atas tu. Sepatutnya rangkap awal/empat baris awal, bukan empat rangkap awal.
حذف