10+ Azab Bagi Mereka Yang Meninggalkan Solat

Aerill Hassan
2


Assalamualaikum dan salam sejahtera


10+ AZAB BAGI MEREKA YANG MENINGGALKAN SOLAT | Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah S.W.T akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya.


Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :-

• Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya. 
• Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya. 
• Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya :

• Ruh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut. 
• Dia akan merasa yang amat pedih ketika ruh dicabut keluar. 
• Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :-

• Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan. 
• Kuburnya akan menjadi cukup gelap. 
• Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).

Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya :

• Hisab ke atasnya menjadi sangat berat. 
• Allah S.W.T sangat murka kepadanya. 
• Allah S.W.T akan menyiksanya dengan api neraka.


Sumber : http://jaipk.perak.gov.my/

إرسال تعليق

2تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!