Assalamualaikum dan salam sejahtera
Baca Juga : 4 Jenis Benda Yang Sering Dihuni Hantu
Setiap pelusuk dunia pastinya ada kisah masing-masing terhadap sejarah dan juga ritual. Kemungkinan ritual ini dilakukan sejak zaman peradaban awal manusia lagi. Di zaman serba moden ini , masih adakah lagi ritual-ritual sebegini? Mungkin ada jika kita melihat ritual yang dilakukan oleh seorang bomoh dari negara Malaysia ketika mencarikapal terbang yang hilang. Jom kita lihat 6 ritual yang seram dan ngeri ini.
Baca Juga : 4 Jenis Benda Yang Sering Dihuni Hantu
1. Ritual Suangi
Ritual ini kebanyakannya dilakukan oleh orang-orang Kombai dari Papua New Guinea. Suangi merupakan roh jahat yang dikatakan suka memakan organ dalaman di dalam tubuh mangsanya dan kemudian akan digantikan dengan kotoran atau rumput.
Jika tidak ditangani, maka akan menyebabkan keseluruhan orang yang tinggal di desa yang sama dengan mangsa akan jatuh sakit.
Kaedah yang terbaik untuk menghilangkan suangi ini adlaah dengan membunuh dan memakan tubuh mangsa yang dilakukan oleh keluarganya sendiri.
2. Ritual Ifugao
Kaum Ifugao yang berasal dari Filipina mempunyai ritual kematian yang sangat menakutkan. Ritual ini adalah apabila ada orang meninggal dengan cara kematian yang biasa, kaum ini akan mengenakan mayat itu dengan jubah kemudian diikat pula pada kerusi kematian yang diletakkan di bawah rumah.
Kebiasaannya mayat itu akan dibiarkan selama 13 hari kemudian baru dikuburkan. Selain itu, dalam kes kematian secara mengejut dan sebagainya , mayat itu akan diikat di dinding tepi rumah sehinggalah membusuk mayat itu.
Ritual ini diyakini akan membuatkan roh mayat itu bebas dan juga atas tujuan untuk membalas dendam terhadap mereka yang membuat kecelakaan terhadap mayat itu.
3. Nithing Pole
Ritual ini sebenarnya berasal dari Jerman dan masih digunapakai sehingga sekarang. Ritual ini juga dikenali dengan nama lain iaitu nithstangm dan kebiasaannya digunakan pada musuh atau orang yang dibenci.
Cara ritual ini adalah dengan memotong kepala binatang, kemudian letakkannya pada hujung tiang , dan dipacakkan di atas tanah di mana musuh dapat membaca mantera kuno yang digunakan itu.
Ritual ini pernah dilakukan pada tahun 2006, iaitu seorang petani menggunakan ritual ini setelah jirannya membunuh anjing kesayangannya dengan menggunakan traktor. Pada tahun 2016 pula , ritual ini digunakan dengan menggunakan kepala binatang kepada Perdana Menteri Ireland untuk protes ekonomi.
4. Ritual anirniit
Dalam tradisi Inuit , mereka meyakini bahawa segalanya , iaitu manusia dan haiwan memiliki jiwa (dikenali dengan nama anirniit) dan jiwa itu boleh digunakan untuk membalas dendam pada akhirat kepada orang-orang yang membunuh mereka.
Jadi, untuk menenangkan jiwa haiwan yang diburu atau manusia yang mati , satu upacara khusus perlu dilakukan dimana mantera atau kata-kata ritual perlu diucapkan.
Baca Juga : Tanda Gangguan Saka Dalam Diri Anda
5. Ritual Ngayau
Orang Dayak berasal dari Kalimantan pada masa dahulu mempunyai ritual yang seram dan pelik iaiu memburu kepala manusia yang juga disebut sebagai ngayau. Ritual ini dilakukan dengan mengambil kepala musuh dan meletakkannya di hadapan rumah. Semakin banyak kepala yang ada di depan rumah ,bermakna anda semakin dihormati dan ditakuti oleh orang lain.
Jika musuh tidak mahu kepala mereka diambil , kebiasaannya perlu dibayar atau ditukar dengan benda lain seperti duit, makanan atau kepala orang lain. Ritual ini sudah diharamka sejak 1960 an.
6. Boneka Voodo
Ramai yang menganggap bahawa ritual ini berasal dari Lousiana dan Haiti pada kurun ke 18, dimana ribuan kanak-kanak menggabungkan tradisi dan cerita rekaan menjadi satu.
Kebenarannya adalah sejarah tradisi ini sebenarnya masih tidak diketahui sehingga sekarang. Dalam ritual ini, kebiasaannya orang yang memiliki kemampuan spiritual akan menyucukkan jarum pada boneka yang telah dibaca dengan mantera. Tujuan utamanya adalah untuk menyakitkan orang yang menjadi sasaran voodo.
Baca juga : 8 Lebuhraya Paling Berhantu di Malaysia
Bagaimana? Ada tak ritual yang pernah anda lihat dengan mata dan kepala anda sendiri? Antara ritual yang aku pernah lihat adalah ritual di mana orang menari sambil kereta berjalan. Kemudian upload di sosial media. Itulah ritual yang bagi aku sangat mengjengkelkan. [ Lawak] .
Sekian
Sumber : Tribunalnewss
ish3.. seram..
ردحذفbetul tu :)
حذفmacam-macam ritual, mujur islam itu mudah tak perlu segala macam ritual
ردحذفbetul tu.. nasib baik islam sebegitu :)
حذفIssk menakutkan...
ردحذفbetul tu :(
حذف