Assalamualaikum dan salam sejahtera
Men's Singles
Women's Singles
Mixed Doubles
...................................................
Ranking baru telah dikeluarkan oleh BWF pada malam khamis yang lalu. Perbezaan yang sedikit dapat dilihat di dalam kesemua top 10 bagi setiap kategori. Perbezaaan yang banyak pula berlaku di ranking yang lebih rendah kerana beberpaa kejohanan bertaraf rendah diadakan di mana pemain handalan tidak sertai.
Kebanyakan pemain handalan dan berada di ranking tinggi sedang fokus terhadap Kejohanan Dunia yang akan berlangsung tak lama lagi. Jom lihat di mana kedudukan pemain Malaysia.
Perseorangan lelaki ada beberapa peningkatan yang sedikit dari Liew Daren, Chong Wei Fei dan Lee Zii Jia. Mungkin disebabkan mereka menyertai kejohanan baru-baru ini.
Women's Singles
Perseorangan wanita pula menyaksikan pemain wanita nombor satu Malaysia, Goh Jin Wei tidak berubah kedudukannya mankala yang lain menurun kedudukannya dengan Soniia Cheah jatuh 6 anak tangga.
Men's Doubles
Beregu lelaki pula pasangan nombor satu negara , Goh V Shem/ Tan Wee Kiong tidak berganjak kedudukannya manakala Aaron Chia/ Wooi Yik Soh naik 4 anak tangga. Beregu lelaki Mohamad Arif Ab Latif / Nur Mohd Azriyn Ayub naik sebanyak 75.
Beregu wanita pula hampir kesemuanya jatuh kedudukannya sebanyak 1 sehingga 3 anak tangga.
Mixed Doubles
Beregu bercampuran pula , pasangan Goh Soon Huat/ Shevon Jemie Lai naik 1 anak tangga berikutan kemenangan mereka di kejohanan Terbuka Singapura yang baru sahaja tamat. Manakala yang lain, kedudukan mereka jatuh dan pasangan Chan Peng Soon/Goh Liu Ying kekal di tempat ke 9.
Semoga lebih ramai lagi pemain Malaysia yang dapat memasuki top 10 bagi setiap kategori. In shaa Allah sekiranya BAM (Badminton Association of Malaysia) dapat membuat perancangan yang lebih bagus , lebih ramai pemain yang akan berjaya. Akhir kata, Majulah Sukan Badminton untuk Negara.
Sekian.
Sumber : BWF ranking
Go go badminton team!
ردحذفyeah!!
حذفall the best team malaysia
ردحذفyeah!! semoga mereka semakin maju
حذف