MallDash, Google dan Waze untuk Pusat Beli Belah

Aerill Hassan
10


Assalamualaikum dan salam sejahtera



Hai korang semua! Hari ini aku nak ceritakan dengan anda semua satu apps menarik yang sesuatu untuk mereka yang gilakan shopping dan membeli belah! Anda pernah dengan tak MallDash? MallDash merupakan Google dan Waze untuk pusat membeli belah. Maksudnya di sini, applikasi Mall Dash ini adalah aplikasi yang membolehkan anda mencari beratus-ratus barang yang dijual di pusat beli belah yang anda sering kunjungi.

Selain itu, aplikasi ini juga membolehkan anda untuk melihat promosi terbaru serta baucer yang yang ada di pusat beli belah yang anda boleh pilih sendiri! Yang lebih menarik adalah untuk permulaan, anda akan mendapat RM25 secara percuma ketika mendaftar! Bagaimana? Nanti aku akan ajar dan tunjuk.

Apa itu MallDash?
  • The Best Mall App > Over 50+ malls, 13,000 stores and 1,300 restaurant menus with many more to come!
  • Latest Promos > Receives the latest promotions from your favourite malls and shops anytime, anywhere!
  • Search Across Malls > Search for promotions, events, in-stores, things to do and search menus items!
  • Navigate Like a Boss > With Mall Dash maps at your fingertips, no rushing needed to find the directory!


Macam mana? Menarik kan? Pastinya untuk mereka yang sering membeli belah dan juga yang suka bershopping tak kira masa bolehlah download aplikasi ini segera di Google Apps Store dan Apple App Store. Di bawah aku akan tunjuk apa yang terkandung dalam aplikasi yang aku rasa sangat bijak ini. Aku juga akan tunjuk bagaimana untuk dapat RM25 secara percuma itu!


Ini adalah apa yang anda akan lihat pada muka hadapan aplikasi Mall Dash. Senang sahaja, pastinya semua orang mempunyai akaun Facebook, jadi anda hanya perlu LOGIN menggunakan akaun facebook anda sahaja. Kepada yang tidak mempunyai akaun facebook, anda boleh gunakan akaun facebook anak atau jiran sebelah rumah. Tapi, kenapa anda tak ada facebook?



Kemudian, anda akan dibawa ke halaman pusat beli belah. Di halaman ini anda boleh lihat pusat beli belah mana yang terdekat dengan anda. Anda juga boleh lihat pusat beli belah lain yang turut terdapat di seluruh Malaysia. Boleh scroll halaman ini untuk melihat dan mencari pusat beli belah yang diingini.


Sudah pilih pusat beli belah? Okay, anda akan nampak pula halaman sebegini untuk setiap pusat beli belah yang telah anda pilih.  Macam dalam gambar, aku pilih Sunway Carnival Mall. Di bahagian atas ada beberapa menu yang membolehkan anda untuk pilih barangan yang anda suka sama ada Fashion, Eat, Tech, Beauty, Services, Luxury, Home dan Others.


Untuk melihat promosi atau baucer yang ada, anda boleh scroll halaman Home itu ke bahagian bawah dan melihat produk yang mempunyai shopping voucher. Sebagai contoh adalah seperti di dalam gambar.



Di bahagian menu di bawah pula , anda boleh lihat pilihan seperti Home, Mall, Map dan Reward. Di bahagian Map, anda akan melihat peta bagi kedudukan kedai-kedai di dalam pusat beli belah tersebut. Sebagai contoh, gambar di atas adalah gambar peta bagi kedudukan kedai di Sunway Carnival Mall.


Di bahagian Mall pula anda akan dapat melihat Parking Rates, About dan Dash Here.  Apabila anda pilih Dash Here, ianya akan membawa anda ke lokasi pusat beli belah itu dan menunjukkan jalan dari tempat anda berada ke pusat beli belah yang dipilih.


Sekarang tibalah masa untuk aku tunjuk dan ajar bagaimana untuk dapatkan RM25 secara percuma. Pertama, anda perlu ke bahagian Rewards.  Di bahagian menu ini akan menunjukkan jumlah MallDash Rewards yang telah anda kumpul. Jangan risau sebab sesiapa yang pertama kali masuk akan mendapat Welcome Reward sebanyak RM25! Banyak tu! 

Kedua, anda perlu masukkan code ini MohamadKhairilHassan430 pada ruangan MallDash welcome code seperti di dalam gambar. Tadaaa!!! Anda dah berjaya dapatkan RM25 secara percuma yang membolehkan untuk anda redeem shopping voucher! Senang bukan?


....................................................................................

Senarai Pusat Beli Belah yang Tersenarai

Di bawah ini adalah senarai pusat membeli belah yang terdapat dalam aplikasi ini. Mungkin di masa akan datang kesemua pusat beli belah di Malaysia akan berada di dalam aplikasi ini sekaligus memberikan anda lebih banyak pilihan untuk berbelanja dan shopping!

Kuala Lumpur
Suria KLCC | Pavillion | Avenue K | Mid Valley Megamall | The Gardens Mall | Bangsar Village | Bangsar Village 2 | Bangsar Shopping Centre | NuSentral | Publika | Berjaya Times Square | Sunway Velocity | Sunway Putra | Starhill Shopping Gallery | Lot 10 | Low Yat Plaza

Selangor
The Curve | E Curve | Tropicana City Mall | Sunway Pyramid | One Utama | Starling | Atria Shopping Gallery | Empire Shopping Gallery | Subang Parade | D Pulze Cyberjaya | Alamanda Putrajaya | Melawati Mall | The Mines | Paradigm Mall | KLIA2 Gateway | Mitsui Premium Outlets | Setia City Mall | IOI City Mall | Centrepoint | Sunway Giza

Penang
Gurney Plaza | Gurney Paragon | Queensbay Mall | Sunway Carnival Mall | 1st Avenue

Melaka
Mahkota Parade | Dataran Pahlawan

Johor
Paradigm Johor | Komtar JBCC | Johor Bharu City Square | Johor Premium Outlets

Pahang
East Coast Mall

.........................................................................

About MallDash

MallDash is the Google and Waze for shopping malls. MallDash features 50+ malls across Malaysia and growing. We let shoppers search in-mall including in-store items, service prices, credit card deals, promos, store location, directions and events. 
For more information and FAQs, kindly visit our website 

Website : https://www.malldash.com.my/

Untuk Download Aplikasi ini , Klik Link Dibawah :-
Sekian


Tags

إرسال تعليق

10تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Memudahkan...search ikut keperluan dan bila sampai tempatnya boleh terus tuju..

    ردحذف
  2. bagusnya ada apps macam ni sebab mall sekarang tak banyak maps directory. Dah la besar lepastu sesat, dah buang banyak masa dah kat situ

    ردحذف
  3. Oh macamtu ye cara nak guna? Baru tau, dah install apps Malldash tapi taktau nak klik apa.

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!