Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar semua? Bagaimana cuti hujung minggu anda? Alhamdulillah , aku disini sihat sejahtera. Baiklah, dalam entri kali ini aku nak bercerita tentang kambing. Kenapa kambing? Sebenarnya tokwan aku sebelum ini pernah membela kambing di kampung. Hampir 50 ekor telah dibela dan dibina satu tempat khas untuk mereka.
Malangnya, ada kes kecurian kambing yang mana menyebabkan kesemua kambing itu dibawa ke rumah mak ngah aku yang berada di tempat lain yang lebih selamat. Yang mencuri itu disebabkan oleh mereka mencari duit untuk dadah. Kampung tokwan aku memang banyak remaja dan orang tua yang hisap dadah. Jadi, dengan mencuri kambing, mereka dapatlah membeli dadah.
Jadi entri kali ini adalah entri untuk aku melawat kambing-kambing tersebut di rumah mak ngah aku.
"Di mana dia anak kambing saya,
anak kambing saya yang comel pipi merah."
Kandang kambing yang dibina sangat kukuh. Apa yang bestnya adalah kambing-kambing ni bila nampak manusia , mesti akan panggil dengan panggilan mereka.. "...mbbeekkkkkkk... mbeeekkkk..."
Dalam gambar diatas anda dapat lihat dua ekor anak kambing yang berada di atas kayu-kayu tersebut. Untuk pengetahuan semua, yang berwarna oren dan berbulu lebat serta comel itu bukan kambing ya.
Comel tak saya?
Kambing yang dibawa keluar dari kandang adalah anak-anak kambing sahaja. Yang kecil dan tanduknya belum ada. Dari jauh nampak macam anjing.
Antara anak kambing yang ada.
Aku sebenarnya lagi selesa bermain dengan anak kambing berbanding dengan kambing dewasa. Mungkin sebab anak kambing baunya tidakah menusuk sangat ke dalam rongga hidung. Selain itu, senang juga kita nak angkat anak kambing sebab saiznya kecil dan comel.
Gambar di atas adalah gambar adik aku mengendong seekor anak kambing comel.
Comel kan adik beradik ni? Kecil dan buas sebenarnya. Mereka lari ke sana sini. Comel sungguh.
Kebanyakan anak kambing ini masih lagi menyusu. Cara mereka disusukan adalah seperti dalam gambar. Diberikan susu melalui botol susu seperti bayi manusia.
Baca Juga : Majlis Pertunangan Kakak
Di rumah mak ngah aku juga ada itik! Tapi itik-itik ni tak mesra rakyat. Mungkin nanti akan ada entri khas untuk itik-itik ini.
Seronok sebenarnya main dengan haiwan peliharaan. Walaupun kambing itu nanti bila dah besa dan dewasa akan dijual atau dijadikan makanan ketika kenduri [which is aku tak makan] , seronok bila tengok kambing-kambing aktif dan tidak fikir pasal masa hadapan mereka, tak fikir tentang masa depan negara dan sebagainya. Kita yang melihat pun jadi tenang.
Sekian.
hahhahaa,baru nak tanya si bulus oren tuhh kacuk kambing jugak ke.hahhahaa...boleh pulak dia terselit kat situ ehk
ردحذفhahaha dia pun suka main dengan anak-anak kambing tu..
حذفTengok kambing...Terigt plk gulai kambing...Huhu
ردحذفaiyooo hahaha saya tak makan kambing.. tapi mak ngn ayah saya suka :)
حذفSeekor kambing baka kampung sekarang ni berharga antara RM500 hingga RM600 seekor. kalau ada 50 ekor.. Perhg..! kira sendiri la berapa incomenya. Tapi cabaran membela pun boleh tahan juga.
ردحذفada dua kandang sebenarnya.. itulah pasal.. cabaran dia hanya sesiapa yang kuat ja yg mampu bertahan..
حذفSeronok kalau dapat bela kambing kampung macam tu.
ردحذفmemang seronok :)
حذفSaya pun suka keadaan macam ni, mana tahu satu hari nanti berjaya merealisasikannya.. ;)
ردحذفin shaa Allah semoga impian akan direalisasikan kelak.
حذفHahaha comel betul semua :) Balik kampung je dpt tgk semua ni. dekat bandar mmg idok ler.
ردحذفbetul tu. dkt bandar nk tgok haiwan hidup.. cuma boleh tgok tikus, lipas, kucing and anjing :)
حذف