Assalamualaikum dan salam sejahtera
JOHANNESBURG: Seorang wanita Afrika Selatan yang disahkan sudah meninggal dunia oleh pasukan paramedik selepas kemalangan kereta, ditemui masih hidup dalam peti sejuk di rumah mayat, kata perkhidmatan kecemasan hari ini.
Perkhidmatan ambulans, Distress Alert, mengesahkan wanita tidak dinamakan itu disahkan meninggal dunia oleh paramedik di tempat kejadian di luar Carletonville, barat daya pada awal pagi 24 Jun lalu.
Juruteknik rumah mayat kemudian menemui beliau masih hidup dalam peti sejuk beberapa jam selepas kemalangan itu yang menyaksikan keretanya terbalik, menyebabkan semua tiga penumpang tercampak, dua daripadanya maut.
"Kami mengikut prosedur, tidak tahu bagaimana ini terjadi.
"Krew amat tertekan, kami tidak akan mengisytiharkan orang yang masih hidup sudah meninggal dunia, kami dalam bidang memastikan orang selamat," kata pengurus operasi Distress Alert, Gerrit Bradnick.
Wanita itu, yang dibawa ke hospital Carletonville selepas didapati masih hidup, tidak menunjukkan tanda selamat apabila dirawat paramedik, tambah Bradnick.
"Semua pemeriksaan dilakukan, pernafasan, nadi, jadi pesakit diisytiharkan sudah meninggal dunia," katanya.
Syarikat itu kini melancarkan siasatan berhubung perkara itu.
"Paramedik dilatih menentukan kematian, bukan kami. Anda tidak akan menjangka membuka peti sejuk dan mendapat ada seseorang yang masih hidup di dalamnya.
"Bayangkan jika kami sudah memulakan bedah siasat dan membunuhnya," kata sumber di rumah mayat Carletonville kepada akhbar Sowetan. - AFP
Sekian
Itu semua kuasa Allah S.W.T. sebenarnya. Kita tidak tahu ajal kita sampai bila.
ردحذفsetujuu
حذفkuasaNya..
ردحذفbetull
حذفkes2 luar biasa.
ردحذفbetul tu.. jrg jadi
حذف