Petua Membuang Angin dalam Badan dengan Berkesan dan Mujarab

Aerill Hassan
8


Assalamualaikum dan salam sejahtera



Ramai yang mengalami lebihan angin di dalam badan yang membuatkan kita rasa tidak selesa dan sebagainya. Di sini aku akan kongsikan beberapa cara dan petua yang mudah serta berkesan dalam membuang angin di dalam badan.

Baca Juga : Cara Hilangkan Parut Jerawat Buat Selamanya

1. Ambil Bawang Putih

Selain daripada perasa masakan, bawang putih menjadi petua buang angin dalam badan. Kandungan bahan dalam bawang putih ini mampu mengusir angin dalam badan dengan cepat. Denagn memakan bawang putih, boleh membuang angin dalam badan. Orang tua yang mempunyai bayi yang mengalami angin masuk atau kembung biasanya membalurkan bawang putih sekitar bahagian-bahagian badan dan menggosokkannya.

2. Makan sup hangat

Inilah petua buang angin dalam badan yang sedap, iaitu dengan memakan sup hangat apabila kita mengalami angin dalam badan. Kesan panas dalam badan ini boleh menghilangkan lesu yang disebabkan dari mendapat angin supaya anda berasa lebih segar.

3. Ambil halia

Ini adalah petua buang angin dalam badan secara tradisional yang sedap, kerana kini banyak halia sudah dalam pelbagai jenis seperti minuman halia, halia merah yang terlarut dalam air suam, ada juga susu halia yang rasa lebih lazat dibandingkan dengan ubat-ubatan kimia. Tetapi jika anda suka halia semulajadi juga tidak menjadi perkara dan leih berkesan untuk membuang angin dalam badan.

4. Ambil ubat-ubat herba

Anda pasti memikirkan ubat-ubat herba adalah satu cara semulajadi, tetapi komposisi produk ubat-ubatan herba kini juga meluas dan dimasukkan ke dalam perubatan sederhana. Banyak bahan- bahan herba dijadikan sebagai ubat-ubatan penyakit yang spesifik dan salah seorang dariapadanya boleh hilankan angin di dalam badan. Ubat herba sudah tersedia dalam bentuk cecair dan tablet di farmasi.

5. Makan Vitamin C

Siapa tahu ternyata Vitamin C boleh digunakan untuk membuang angin di dalam badan kerana ianya meningkatkan imuniti dalam badan supaya ketahanan badan akan bertambah dan anda boleh merasa badan anda kembali dalam bentuk sihat. Vitamin C adalah sangat penting untuk kesihatan terutamanya dari segi keseimbangan dalam ketahanan badan. Sudah begitu banyak produk dalam pelbagai syarikat menawarkan produk Vitamin C tersedia di farmasi.

6. Minum rebusan daun betik

Ternyata bahawa meminum air rebusan daun betik juga boleh hilangkan angin dalam badan. Caranya dengan merebus 4 hingga 5 helai dengan 1 liter air. Biarkan air yang bercampur dengan daun betik dan minum rebusan air dalam keadaan suam. Walaupun pahit, petua ini lagi mujarab.

7. Bersenam

Ramai tidak tahu bahawa kadang-kadang orang mendapat angin dalam badan kerana jarang melakukan aktiviti atau gerakan dan menyebabkan badan terasa lesu dan kaku. Apabila anda kerap melakukan pergerakan sederhana seperti berjogging atau ebrjalan kaki semata-mata, sekurang-kurangnya anda keluarkan peluh dan menambahkan kelenturan otot-otot dalam badan anda.

8. Bekam

Satu perkara yang sangat biasa dan meluas dilaksanakan untuk membuang angin dalam badan iaitu dengan berbekam. Teknik bekam dilakukan dalam beberapa cara. Satu cara dengan alat khas yang menghisapudara supaya menarik bahagian kulit anda keluar yang dipercayai menarik angin dalam tubuh melalui liang-liang kulit badan.  Untuk mengeluarkan darah dan angin, dilakukan dua cara, iaitu dengan cara menindik bahagian tubuh yang dibekam dengan jarum atau hanya dilakukan bekam. Menindik bahagian tubuh dengan jarum juga sebagai akupuntur yang ditambah pula dengan teknik bekam juga boleh memulihkan stamina dan menghilangkan penyakit tertentu. 


Selamat mencuba ya!

Sekian
Tags

إرسال تعليق

8تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!